Piala Suzuki 2010 : FINAL - Malaysia vs Indonesia - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

20 December 2010

Piala Suzuki 2010 : FINAL - Malaysia vs Indonesia

Salam 1Malaysia Semua!


Tahniah buat skuad bolasepak negara kerana berjaya ke saingan akhir. Pertemuan dengan Indonesia mungkin boleh dijadikan sebagai medan membalas dendam, tapi mampu ker? Atau skuad negara bakal jadi sasaran BELASAHAN sekali lagi?




Kejayaan menundukkan Vietnam diperingkat separuh akhir bukanlah satu aksi yang terpuji. Ammboi cuma boleh bagi 3/5 Bintang sahaja untuk prestasi dan keupayaan skuad negara. Ia boleh dikelaskan melalui corak permainan , strategi dan 'nasib' yang membawa kemaraan skuad Malaysia untuk menyingkirkan 'ego' Vietnam.

Aksi Penjaga Gol Kelas Dunia?

Khairul Fahmi Che Mat

Skuad negara masih dengan aksi longlai. Lebih-lebih lagi barisan pertahanan dan tengah. Sikap gopoh dan mahu menjadi HERO (korang pegi la kerja kat pasaraya Hero kalu nak jadi hero sangat...) melemahkan strategi yang diatur Rajagopal. Hantaran kelam kabut dan tidak menepati sasaran nerencatkan mutu permainan skuad 'EMAS SEKALI LAGI' (selepas skuad emas sukan sea yang lepas) ni. Cuma prestasi PENJAGA GOL yang sungguh menakjubkan. Syabas buat Khairul Fahmi. Terus meningkatkan keupayaan anda, tidak mustahil untuk anda menjejakkan kaki ke saingan yang lebih tinggi kerana anda sememangnya masih muda lagi.


Kekuatan Indonesia

Antara pemain import dan pemain tempatan Indonesia

Mereka pastinya pilihan JUARA edisi kali ini kan? Corak permainan mereka begitu pantas. Mudah ajer menembusi benteng lawan. Hantaran yang baik serta larian yang mengelirukan boleh dianggap pakej kepada jentera sayap menyerang Indonesia. Lebih menakjubkan lagi kesemua pemain mereka berupaya untuk menyerang dan bertahan dengan baik.


Skuad negara tidak kurang hebatnya


Berkenaan Pemain Import Mereka

Ia bukannya perkara menakjubkan. Indonesia telah membuktikan mereka mampu berkuasa dengan meng'import' pemain luar untuk beraksi dalam skuad negara mereka. Ammboi mula sedar, kejayaan mereka itu tidaklah bermakna sangat pun. Kalau ammboi jadi rakyat Indon pun belum tentu ammboi akan bersorak. Memalukan ada la. Sudah pupuskah rakyat lelaki Indon yang pandai main bolasepak?


Jika Pemain Import Mereka Betul-Betul Menjadi?

Pemain Import Indonesia

Menjadi ni bukan hanya tertakluk pada kehebatannya beraksi dipadang semata. Tapi dalam aspek sosial juga. Contohnya seperti di Jepun, peningkatan bolasepak mereka juga melalui 'pemain import'. Sekarang mereka sudah tak perlu import mengimport lagi kerana mereka sudah mencapai tahap 'kejayaan' dan 'pencapaian' yang diharapkan. Terpulang pada bakat tempatan untuk meneruskan momentum yang dicanangkan.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot