Salam 1Malaysia Semua!
Skuad kebangsaan kita telah membuktikan mereka mampu menggegar ASIA jika diberi peluang sebaiknya. Buktinya, Malaysia berjaya mengalahkan Indonesia pada FINAL ke-2 di Stadium Utama Gelora Bung Karno dengan aggregat 4-2.
Walaupun skuad kebansgaan kita tewas 2-1 digelanggang lawan, namun kelebihan jaringan 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi bekal selesa untuk Malaysia memenangi kejohanan berkenaan.
Semalam, melalui BERNAMA TV, kerajaan kita dengan bangganya menghadiahkan CUTI UMUM pada hari Jumaat (esok) 31 Disember 2010 kepada seluruh warga rakyat Malaysia diatas kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki setelah penantian selama 14 tahun terlerai.
Syabas dan tahniah buat WIRA NEGARA!
Baca Juga Yang ni :
No comments:
Post a Comment