Final Piala AFF Suzuki Cup 2010 : Malaysia JUARA Menumpaskan Indonesia Dengan Agregat 4 - 2 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

29 December 2010

Final Piala AFF Suzuki Cup 2010 : Malaysia JUARA Menumpaskan Indonesia Dengan Agregat 4 - 2

JUARA PIALA AFF Suzuki Cup 2010!

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Cup 2010

Itulah sejarah yang telah dicipta oleh anak buah K. Rajagobal setelah mengharungi pelbagai detik suka dan duka sepanjang kejohanan berlangsung. Ternyata, kritikan dan cemuhan yang diterima dibalas dengan sejuta penghargaan oleh WIRA NEGARA ini.


Perlawanan nyata begitu mendebarkan. Walaupun Malaysia lebih banyak bertahan, peluang tetap berjaya dicipta dengan beberapa gerakan menarik hasil serangan balas yang pantas. Namun asakan sang Garuda boleh dikatakan begitu tekad mahu menyerang. 

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Cup 2010
 
Lebih mendebarkan lagi apabila Indonesia memperoleh PENALTI setelah Sabri tertampan bola ke tangannya. Indonesia seolah-olah bakal memiliki semangat yang tinggi jika berjaya menjaringkan sepakan penalti tersebut. Penjaga Gol Negara sekali lagi bertindak CEMERLANG apabila bijak membaca sepakan Kapten Indonesia. Ianya seperti memberi nafas baru buat pemain negara.


Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Cup 2010

Dalam asyik bertahan, peluang yang begitu baik diperolehi oleh Safee hasil hantaran yang juga menarik dari Ashaari. Safee membuktikan beliau merupakan penyerang terbaik dirantau Asean apabila berjaya menjaringkan gol hasil gelecekan dan sepakan padu ke gawang lawan. Penjaga gol Indonesia ( Markus Si Penangkap Laser ) sekali lagi kecewa kerana gagal menampan bola berkenaan. Ammboi rasa dia dok cari dimana Laser Hijau tu kot.


Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Cup 2010

Indonesia berjaya memperoleh gol penyamaan dan gol kedua sebagai saguhati tuan rumah. Kedudukan terikat 2 -1 sehingga tamat perlawanan. Dengan ini sah Malaysia menang dengan aggregat 4 - 2.

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki Cup 2010

Sekalung TAHNIAH buat MALAYSIA!

2 comments:

Admin said...

wow...cepat btul ammboi kuarkn berita yerk...hehe...

the bert said...

keeper malaysia mmg cemerlang r td..byk cubaan dia save..gol 2 saje kesian kat indon..haha

Post Top Ad

Your Ad Spot