Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang. Tak cukup dengan kes rogol, buang bayi, melacur, dan macam-macam lagi, adala pulak kes semacam ini. Seks Oral? Kalau nak cerita bab seks oral ni mungkin dah banyak berlaku. Pada yang dewasa kot. Kita boleh kelaskan golongan macam ni ialah GAY!. Tapi bagaimana pula pada kanak-kanak seusia 4 - 12 tahun?
Kes ini berlaku di sebuah flat dalam daerah yang bernama Batu Pahat. Korang boleh baca petikan artikel dibawah untuk kefahaman kes ini dengan lebih mendalam.
BATU PAHAT: Tiga kanak-kanak bersaudara berusia lima dan enam tahun dipaksa melakukan seks oral dan diliwat empat rakan sepermainan mereka berusia sembilan hingga 12 tahun di sebuah rumah pangsa contoh di Taman Bukit Perdana di sini, Selasa lalu.
Empat kanak-kanak dikatakan turut mengugut akan memukul tiga sepupu itu sekiranya mereka memberitahu kejadian berkenaan kepada orang lain.
Bagaimanapun, perbuatan itu terbongkar apabila abang salah seorang mangsa yang berusia tujuh tahun terlihat kejadian berkenaan, sebelum memaklumkan kepada neneknya.
Ibu salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Min, 20-an berkata dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Selasa lalu itu salah seorang anaknya pulang dan memberitahu adiknya main 'romen-romen dan jolok-jolok' di dalam rumah contoh berkenaan.
Saya mulanya nak memukulnya kerana difikirkan sengaja mencarut, tetapi berubah fikiran selepas melihat seorang lagi anak dan dua anak saudara lain yang sebelum ini keluar bermain pulang ke rumah dalam keadaan mencurigakan.
"Melihatkan anak saya serta dua anak saudara sudah pulang, saya terus memarahi mereka sebelum memaksa mereka menjelaskan maksud anak sulung saya dengan main 'romen-romen dan jolok-jolok.
"Hati saya bagai dipanah halilintar apabila anak dan dua anak saudara saya mengaku dipaksa melakukan oral seks oleh empat rakan mereka. Saya kemudian membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membuat laporan polis.
"Selepas itu, saya membawa ketiga-tiga mereka ke Hospital Batu Pahat untuk melakukan pemeriksaan dan mengesahkan ketiga-tiga mereka turut diliwat.
"Kami terkejut dengan hasil pemeriksaan doktor itu dan semua mangsa dimasukkan ke wad dan ditahan untuk pemeriksaan susulan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, petang semalam.
Kelmarin, Min sekali ke IPD untuk membuat laporan polis kedua bagi memaklumkan hasil pemeriksaan doktor yang mengesahkan tiga kanak-kanak itu mempunyai kesan diliwat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, pihaknya sudah menahan empat kanak-kanak terbabit bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak itu ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 kerana melakukan seks luar tabii dan dibebaskan atas jaminan polis. - Petikan : BH Online
Kes ini bukan lagi kes yang remeh. Pencegahan dari awal amat diperlukan. Bagaimana kerajaan mahu membendung perkara ini jika penyebaran bahan berunsur seksual amat mudah didapati sebagaimana contoh n3 ammboi sebelum ini PATUNG BOGEL.
patung bogel |
Bagi ammboi, kanak-kanak yang disuspek terlibat dalam kes diatas perlu diberi kaunseling dan hukuman yang setimpal dengan perkara keji yang mereka lakukan.
No comments:
Post a Comment