PUTRAJAYA: Kira-kira 6,133 kakitangan kerajaan dilaporkan bermasalah dan berprestasi rendah pada 2009, meningkat 789 kes berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah.
Pada 2008, 5,344 pegawai dilaporkan bermasalah dan berprestasi rendah iaitu peningkatan sebanyak 0.84 peratus berbanding tahun lalu, katanya pada majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Ke-6 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.
Seramai 1,006 pegawai kerajaan ditauliah sebagai AKRAB menjadikan jumlah keseluruhan ahlinya 3,583 sejak dilaksanakan pada 2005.
Abu Bakar berkata, antara masalah dilaporkan termasuk disiplin, hubungan antara pekerja, psikologi, prestasi rendah dan masalah kesihatan kronik seperti sakit jantung, kencing manis atau barah.
Namun, disiplin, kesihatan dan prestasi rendah adalah masalah utama, katanya.
Justeru, beliau menyarankan rakan pembimbing dilantik bagi membantu pihak pengurusan sumber manusia mengatasi masalah secara proaktif.
Katanya, rakan pembimbing memainkan peranan penting dalam membentuk penjawat awam berdisiplin dan integriti.
Rakan pembimbing perlu menjadi contoh kepada rakan sekerja lain dengan mengamalkan nilai positif dan tata laku yang boleh dicontohi, katanya.
zaman makin maju... |
Ulasan Ammboi :
Kes ini sudah lama berlarutan. Isu penjawat awam yang ingkar ini sememangnya sudah basi. Kalau nak baca pun dah muak. Tapi takde pulak isu kenapa penjawat awam ini ingkar kan? Kenapa?
Bagi ammboi, pihak atasanlah yang perlu cuba memperbaiki masalah ini. Bukannya terus meletakkan kesalahan 100% kepada pegawai terbabit, bahkan anda cubalah selami permasalahan diorang. Bukannya main hentam dan terus keluarkan statistik yang bakal men'comot'kan lagi imej kakitangan awam.
Jenis ini, mereka hanya pandai mengeluarkan kata-kata, hanya pandai membijakkan diri mengeluarkan statistik. Tetapi mereka langsung tidak cuba untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ammboi bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak, ini kerana ammboi akui memang ramai penjawat awam yang terlibat dengan kesalahan disiplin.
Isu disiplin ini kita dah umum tahu, ia melibatkan banyak sebab permasalahan ini berlaku. Cuba selami dari aspek kewangan sahaja dah cukup. Macam-macam hal hal memeningkan kepala akan berlaku jika ada masalah kewangan kan. Pinjaman tu, bayaran ni.. Senang cerita, nak kupas isu kewangan ni pun mungkin tak cukup space dalam blog ini.
P/s : Renung-renungkanlah..... ada dikalangan panjawat awam ikat perut demi menyara keluarga...
1 comment:
hihihi..staff BRE termasuk juga kerrrrr
Post a Comment