Kelahiran Bayi Sulung Kami - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 September 2010

Kelahiran Bayi Sulung Kami

Salam 1Malaysia

Hari ni baru ammboi berkesempatan untuk berblog. Yela, sepanjang minggu lepas kita semua sibuk beraya kan. Minggu ni pula ammboi betul-betul kepenatan namun tetap gembira yang amat sangat. Kenapa? Kelahiran Putera sulung ammboi dan Isteri pada 22hb September 2010 begitu menceriakan kami sekeluarga.


Ameer Adli, dilahirkan pada jam 10.20pm pada 22hb September 2010. Walaupun ammboi dan isteri melalui minggu yang memenatkan (isteri lagi penat...hehehe) namun ammboi gembira, dan syukur sangat-sangat kerana bayi kami selamat dilahirkan. Terima kasih yang tak terhingga kepada isteri ammboi, Norasmawati kerana pengorbanan beliau memang tak ternilai harganya.

Ameer Adli
Ammboi juga memohon jutaan kemaafan kepada semua rakan blogger kerana ammboi gagal membalas jejak korang semua sepanjang 2 minggu ni. Ammboi terharu kerana masih ada yang sudi menjenguk blog ammboi.

Ucapan terima kasih yang tak terhingga juga kepada Nuffnang kerana masih sudi menyiarkan iklan di blog ni walaupun jumlah pengunjungnya yang tak seberapa.

7 comments:

paDel said...

wah...tahniahhh.... :)

currentlife2u said...

tahniah sahabat....

hihihihihihi..

A said...

wow! congratulations! :D

faINa989 said...

comel..namapun sedap..=)

ammboi said...

@paDelterima kasih... tak sangka jugak ammboi dh jadi bapa...huhu

ammboi said...

@currentlife2uTerima kasih jugak...

ammboi said...

@f_aRa_aINa989tq.. tula.. lama gak ammboi dok fikir tu.. kalau sedap memanggil dengan maksudnya yg baik kira alhamdulillah la... syukur...

Post Top Ad

Your Ad Spot