Iklan Raya TV3 Sindir Proton Ke? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

24 September 2010

Iklan Raya TV3 Sindir Proton Ke?

Ammboi tahu ni cerita lama. Korang pun semua tahu kan. Ni Iklan lama. Namun dah lama mana iklan ni menyindir PROTON tapi tetap takde kesannya jugak kan? Yela, iklan yang orang nak balik kampung setelah 10 hhhhhaaaarrrrriii menetap kat LONDON tu. Korang mesti dah tau cerita ni punya. Yang tak tahu jom baca lagi.


Apa ceritanya?

Iklan tu mengisahkan seorang perantau yang nak pulang beraya kat kampungnya. Beliau menaiki teksi menuju ke destinasi yang dimaksudkan. Sepanjang perjalanan banyak peristiwa menarik yang terjadi kan. Sampaikan MAT SALEH celup tu boleh siap cakap pelat lagi. Sehunggakan pada satu masa tu dah tersasul cakap loghat plak bila kereta tu berhenti mengejut dan beliau terhantuk pada kerusi depan.. huhu... menarik bukan iklan tu...


Ok, yang tu memang menarik, tapi ada yang lagi menarik. Apabila kereta berkenaan senget, dan aircond plak tak berapa nak idup. Kereta apa tu? Proton Iswara!



Itulah kenyataannya. Proton sememangnya mempunyai banyak masalah dengan pelanggannya. Daripada pelbagai aspek proton memiliki banyak kelemahan. Namun apakah Proton mampu berubah. Dengan penghasilan Exora. Proton mempunyai banyak ruang untuk memperbaiki mutu kenderaan keluarannya.

Diharapkan selepas ini proton akan lebih komited dan pastikan kualiti mendahului kuantiti. Itulah perbezaan status Proton (abang) dengan adiknya yang gah melalui produknya yang lebih berkualiti, Perodua.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot