Pakar Seri?
Itu yang ammboi baca dari halaman HarimauMuda.Com. Kali ini pasukan Malaysia U21 itu seri dengan pasukan Milukus FC dalam Liga 2 Slovakia. Namun demikian jurulatih Malaysia U21 berkenaan iaitu, Ong Kim Swee memuji para pemainnya kerana berjaya memaksa lawan untuk turun dengan kekuatan sebenar walaupun pada mulanya lawan memandang remeh kekuatan pasukan Harimau Muda. Ini kerana Harimau Muda terlebih dahulu mendahului lawan melalui jaringan pada minit ke 42 (Wan Zaharulnizam).
![]() | |
Tanpa 8 Tonggak Utama (Dipetik Dari Laman HarimauMuda.Com) |
Kelekaan saat akhir memberi ruang pasukan Milukus FC untuk menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma. Satu kesilapan pun dah menjejaskan keputusan kan. Malaysia U21 terpaksa turun tanpa 8 tonggak utamanya berikutan dipanggil oleh K.Rajagobal untuk perlawanan di Vietnam.
Apapun ammboi bukan hanya nak cerita pasal keputusan perlawanan semata, namun ada pic menarik yang perlu korang tengok... jum....
Jauh beza TINGGI kan.. hehehe... Tak tahu apa yang ammboi nak cakap. Inilah kekuatan sebenar pasukan Eropah. Mereka memiliki pemain yang tinggi selain mempunyai teknik yang baik. Bilalah negara kita nak ada pemain cam ni kan? Kalau ada yang tinggi sangat kat Malaysia pun badannya tak seimbang, kena tiup angin terus terbang...huhu...
![]() |
Tingginya....(Dipetik dari laman HarimauMuda.Com) |
Pemakanan sememangnya penting bagi menjamin masa depan sukan di negara kita. Setiap atlet/bakal atlet perlu bijak mengambil khasiat dalam pemakanan. Bukan hanya tunggu arahan semata.
No comments:
Post a Comment