'Awang import' mungkin kembali - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

30 September 2010

'Awang import' mungkin kembali

BERDASARKAN cakap-cakap yang kedengaran dari Wisma FAM, peluang melihat semula aksi pemain import dalam Liga Malaysia musim depan, semakin cerah.

Berdasarkan pemerhatian dalam sesi percambahan minda bermula semalam, ia menjadi agenda utama yang disuarakan peserta dalam sesi dua hari di Shah Alam, semalam.


ada peluang ke Malaysia nak import Rooney @ Ronaldo???

Sejak khidmat pemain import diharamkan selepas 2008, perjalanan Liga Malaysia dilihat suram dengan penurunan mendadak daripada segi jumlah penonton dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui, hanya Kelantan dan beberapa negeri saja mampu mengekalkan jumlah kehadiran penuh di stadium setiap minggu.

Antara persoalan yang dibangkitkan peserta daripada ahli gabungan dan pihak luar dalam sesi itu semalam ialah sama ada kehadiran pemain import benar-benar diperlukan, mampu menarik penonton, mampu menaikkan mutu skuad kebangsaan dan di dalam kemampuan pasukan yang mahu menggajikan khidmat mereka.

Semua pro dan kontra mengenai isu itu, serta beberapa isu lain yang terhasil dan diluluskan akan dibawa kepada majlis untuk diperkenankan Presiden, Sultan Ahmad Shah.

Jurulatih Selangor, K Devan yang hadir turut mencadangkan supaya khidmat import hanya dihadkan kepada pasukan Liga Super kerana penyerang tempatan wajar diberi peluang untuk berkembang bersama pasukan Liga Perdana.

Devan turut mencadangkan rombakan format dan pasukan bagi Piala Malaysia supaya pasukan negeri seperti Pulau Pinang dan Melaka tidak menghabiskan musim sekadar di peringkat liga.

Apa yang akan berlaku kepada pemain kedua-dua pasukan ini? Kita mahukan pemain terbabit dalam pertandingan sepanjang musim.

Petikan : Berita Harian Online

'Awang import' mungkin kembali
Oleh Harris Rajahdin


Ulasan Ammboi :

Ammboi sokong cadangan K.Devan tu. Hanya pasukan Liga Super sahaja dibenarkan memiliki pemain import. Liga Perdana tumpukan pada bakat tempatan. Saranan juga untuk FAM memantau dulu had kewangan pasukan berkenaan sebelum dibenarkan memiliki pemain import. Pemain Import yang dibawa masuk pula janganlah hanya di tahap CAP AYAM, tetapi biarlah bakat dari negara kecil seperti Latvia, Faroe Island dan sebagainya. Tak salah kita mengambil mereka walaupun bukan dari negara yang ternama.




Dan lebih baik lagi jika kita boleh memancing pemain terbaik dari RANTAU ASEAN seperti Thailand, Filipina, Laos, Vietnam, Singapura, Indonesia (fikir berjuta kali sebelum tulis kat sini). Bukan hanya pemain senior kebangsaan negara mereka semata bahkan pemaian U21 @ U23 yang kita boleh asah bakatnya dalam LIGA MALAYSIA.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot