Anak Disembelih? ("ingat hari raya korban ker...!?) - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

25 August 2010

Anak Disembelih? ("ingat hari raya korban ker...!?)

Subhaanallah, tergaman ammboi depan tv bila mendengar berita ANAK DISEMBELIH BAPA. Apa dah jadi pada zaman sekarang kan? Macam-macam hal berlaku. Tak cukup dengan buang anak, kini DISEMBELIH pula. Pengaruh apa ni? Kalau kes buang anak dikatakan sebab moral remaja takde, pengaruh video lucah. Ni pengaruh tengok FILEM SERAM kot.


“Saya tergamam melihat leher anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami,” kata Nik Suzila Nik Hashim, 32, ibu kepada Mohamad Adam Muszahffar Muhaimin, 3, yang mati selepas dipercayai disembelih bapanya di Kampung Sungai Keladi semalam.


Nik Suzila berkata, selepas menyembelih anak, suaminya yang mengalami masalah mental cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya menggunakan pisau sama, namun tidak berjaya kerana ditahan polis.


Menurutnya, sebelum kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dia dan suaminya, Muhaimin Sauntar, 33, sempat berbual-bual sebelum suaminya mengadu kepanasan dan berjalan ke arah dapur sambil diekori Mohamad Adam Muszahffar.


Katanya, tidak lama kemudian dia terdengar jeritan kuat Mohamad Adam Muszahffar dan pada mulanya menyangka anak kedua daripada tiga beradik itu terjatuh di dapur.


“Saya segera ke dapur dan terkejut melihat anak saya terkulai berlumuran darah selepas disembelih suami. Saya tak sangka dia sanggup berbuat begitu. Saya mampu menjerit dan makin terkejut apabila suami cuba mengelar lehernya sendiri,” katanya.




Petikan : HMetro Online

Gambar : Sumber HMetro Online

Gambar : Sumber HMetro Online


Uihh..dasat betul. Memang kalau sesapa tak terkejut tu...aaaa...ko ada tandanya... hihi.. cam cerita P.Ramlee plak. Apa yang ammboi nak tekankan kat sini, bila pengangan AGAMA kita tak utuh maka mudahlah BISIKAN SYAITAN itu meracuni minda kita. Dalam hidup ni, macam-macam pancaroba ada. Jadi hadapilah dengan tenang dan berusaha menerima kenyataan. Ingat pada tuhan yang satu. Dok asyik membaca ni korang dah SOLAT ker?

5 comments:

aibaks said...

tu la pasal..

ammboi said...

@aibaks
mmm..dasat kan.. raya posa pun blm da ghairah nak sambut raja korban dh.. huhu...

amirahsamat said...

astagfirullah .
harap dijauhkan dari penyakit2 seperti ini .
aduhh .
takut bila kes macam ni semakin banyak sekarang .

sweetie said...

Tula, pesakit mental ni walaupun nampak dah ok, sebenarnya tak ok! Ubat tak boleh putus... kalau ubat putus, ha ni la, kepala lak putus...

ammboi said...

yela.. katanya si 'penyembelih' tu terputus ubat. dia xmau mkn ke xtau la.. tetiba jer mengamuk kat dapur lak tu. iskh...2

Post Top Ad

Your Ad Spot