Senarai Minuman Ringan Memabukkan - Beralkohol - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

25 August 2010

Senarai Minuman Ringan Memabukkan - Beralkohol

Ammboi ada baca dalam berita hari ini terdapatnya MINUMAN RINGAN YANG MENGANDUNGI ALKOHOL dijual secara terbuka di pasaran. Kenapa perkara sebegini dibiarkan? Dimana pihak berkuasa yang sepatutnya bertanggungjawab? Korang nakkan senarainya, jom baca sama-sama. ^_^.


Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati ada lebih daripada 15 jenis minuman beralkohol di pasaran tampil sebagai minuman ringan, sekali gus menimbulkan kekeliruan ramai.

Presidennya, SM Mohamed Idris, berkata minuman ringan beralkohol ini boleh didapati di dalam botol 275 mililiter dengan dengan pelbagai perisa termasuk perisa buah yang dijual pada harga dari RM4 hingga RM10.

“Pengeluar menggunakan warna amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudian akan ketagih.

“Malah, dengan sedikit kesan alkohol dalam minuman ringan menjadikan ia minuman beralkohol, apatah lagi kandungan alkoholnya empat hingga 6.3 peratus dalam minuman ringan ini.

“Bir yang diminum dengan meluas mengandungi lima peratus alkohol, bermakna kandungan alkohol dalam minuman ringan ini jauh melebihi kandungan alkohol dalam bir,” katanya, dalam satu kenyataan, semalam.

Petikan : HMetro Online

Ini adalah senarai minuman berkenaan :

Storm Twistonic Gin & Tonic (6.3 peratus alkohol)
Storm High Ball (5.6 peratus alkohol)
Storm Screw Driver (5.6 peratus alkohol)
Pelican Black Current + Vodka (5 peratus alkohol)
Pelican Pink Vodka (5 peratus alkohol)
Pelican Vodka Orange (5 peratus alkohol)

Gambar dari HMetro Online


Ammboi juga keliru macam mana minuman jenis ini boleh dijual secara terbuka termasuklah di KEDAI 24JAM. Ia terdedah untuk dibeli oleh kanak-kanak dan remaja sekolah.

Ammboi menyeru kepada pihak yang berwajib, tanganilah masalah ni. Dan semua RAKAN BLOGGER, jom sama-sama kita sebarkan berita ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama juga untuk menyebarkannya.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot