Tahniah buat skuad Kelantan. Anda nyata mahu mempertahankan kemenangan ke atas Negeri Sembilan bukannya kerana nasib, malahan skuad Kelate kini sudah berwajah baru dan mempunyai kemantapan yang sememangnya mampu menggugat pasukan lain.
Kelate menang 3-0 menewaskan skuad warga Kota , Kuala Lumpur di gelanggang keramat, Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Nyata keberkesanan barisan tengah mempengaruhi keseluruhan rentak permainan semalam. Aksi penyudah yang baik daripada striker utama Kelate musim ini, Norshahrul Idlan Talaha memberikan Kelate 3 mata penuh untuk mengekori rapat pendahulu liga Selangor.
Gerakan-gerakan menarik dari S. Chanturu juga memainkan peranan penting, namun penyudahnya yang kurang baik sangat mengecewakan. Begitu juga dengan Badri dan Indra, mereka seolah-olah arkitek di atas padang, mencorak pelan dan rancangan untuk disudahkan oleh para juruteranya.
Kemenangan ini adalah terlalu awal untuk penulis puji lebih-lebih sangat. Penulis mewakili harapan peminat Kelate, agar tahun ini ada 1 piala dibawa pulang sebagai bekal aksi tahun hadapan.
Majulah sukan bolasepak untuk Kelantan.
No comments:
Post a Comment