Penipuan Kad Kredit : Awas! - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 April 2010

Penipuan Kad Kredit : Awas!


Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...


Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.
Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan -  Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan. 
    Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak. 
7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula. --


Petikan Email

p/s : Macam-macam cara yang digunakan untuk menipu orang zaman sekarang. Oleh yang demikian kita kena lebih berhati-hati. Apa yang kita perlu lakukan bila mengalami situasi sebegini?

Cara yang penulis cadangkan mungkin boleh dijadikan sebagai panduan. Namun jika ada kekurangan, rakan pembaca bolehlah sama-sama perbetulkan.

Situasi 1

Kita mendapat panggilan dari wakil syarikat A, mengatakan bil telefon/internet/tv berbayar dll telahpun overdue. Mereka mahu mendapatkan kepastian kita samada bila kita mahu menjelaskan bayaran tersebut dan bersedia untuk 'mengofferkan' diri mereka untuk membantu. Salah satu cara yang perlukan perhatian kita dengan teliti adalah kaedah bayaran melalui caj kad kredit. Disini kita perlu pastikan samada mereka (pemanggil tersebut) adalah benar-benar dari syarikat yang dimaksudkan. Apa yang kita perlu tanya adalah nama pemanggil, call dari mana, dan banyak lagi la. Nak lebih detail lagi kita tanyalah berkeaan maklumat bil kita tu. Pastikan kesahihannya. Kalau mereka benar-benar agen syarikat tersebut maka semua maklumat pasti ada la kan. Bagi penulis nak senang cerita cakap jer kita akan bayar sendiri, baik pi bank in aje atau pay bill from mana-mana akaun online. Tu pun jika bil kita benar-benar overdue.


Situasi 2

Ada pemanggil call kita menawarkan pakej perlancongan / kad keahlian / insuran dan sebagainya. Pemanggil yang sebegini sememangnya susah kita nak elakkan. Mereka mesti nak juga kita dengar 'ceramah tak berbayar' tu. Sampai bingit telinga mendengarnya. Namun kita jangan lekas panas baran pulak. Nak buat macam mana dah itu memang kerja diorang. Jadi, elakkanlah dengan cara yang berhemah. Jika diorang tanya ada kad kredit tak, cakap jer kita tak de la kan. Tapi ada jugak yang tau kita ada kad kredit, tetiba lak bila kita cakap takde kad kredit, diorang boleh plak sebut kad2 kita. Siap dengan tau bank2 mana lagi. Jangan terkejut plak. Biasanya diorang dapatkan maklumat ni daripada bank, pasaraya atau sebagainya. Yela, bila kita dah guna kad tersebut maka adalah rekod kita kan. Tolak lah cara baik, cakap ajer korang tak berminat. Tak pun dah ada insuran lain / baru lepas melancong / dah jadi ahli skuad karate sekolah rendah dulu. Jadi pandai-pandaila korang cerita. Paling senang cari tempat bising sikit cakap tengah drive keta. Sape nak bayar kalau kena saman kan... hehehe....



No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot