February 2009 - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

25 February 2009

SIKAP MURID SEKARANG

25.2.09 0
Kesal dengan tindakan guru zaman sekarang, tampar murid sehingga mengakibatkan kecederaan sememangnya sikap yg sgt tdk bertanggungjawab. Namun demikian, kesilapan para pelajar harus dijadikan panduan dan mesti diperhalusi terlebih dahulu. Telah nyata, telefon bimbit (h/p) tdk boleh dibawa kesekolah. Namun kenapa mereka bawa juga? Itu adalah sikap yg tdk berdisiplin. Pada pendapat saya, byk putar belit dah berlaku, kita sendiri pun ada pengalaman di sekolah kan.

Mungkin bila guru tersebut menyedari ada pelajarnya membawa h/p ke sekolah maka dia terus buat pemeriksaan, tetapi mungkin pelajar tersebut terlebih dahulu telah menyembunyikan h/p nya dgn memberikan kpd kawannya. Tentulah guru tersebut naik berang bila rasa dia dipermainkan. Ini cuma andaian saya sahaja..

Faktanya, pihak yg berkenaan perlulah membuat siasatan yg terperinci. Pada saya, kedua-dua belah pihak harus dikenakan tindakan.

Pertama : Sikap guru yg bertindak melampau, mendenda murid sehingga mengakibatkan kecederaan. Guru tersebut kurang profesional dan bersikap tak relevan.

Kedua : Pelajar tersebut tdk berdisiplin. Sikap tdk jujur.

Nota : Ibu bapa juga harus dipersalahkan kerana tdk mengambil tahu perihal anak-anak.
Read More

12 February 2009

SENJATA BARU CHELSEA

12.2.09 0

Hiddink senjata terbaru Chelsea




BELEK, Turki - Jurulatih Rusia, Guus Hiddink akan mengambil alih tugas pengurus Chelsea bermula minggu depan sehinggalah penghujung musim ini.

Keputusan itu bakal menyaksikan Hiddink menerima 2.5 juta pound (RM13.1 juta) sepanjang empat bulan bersama kelab dari Stamford Bridge itu.

Menurut laporan, pengendali pasukan kebangsaan Rusia itu akan menerima gaji asas sebanyak 1.5 juta pound (RM7.84 juta) selain tambahan bonus 500,000 pound (RM2.6 juta) andai berjaya membantu Chelsea menjuarai kempen Liga Juara-Juara.

Dia juga bakal memperoleh bonus berdasarkan prestasi semasa kelab itu dalam Liga Perdana England dan Piala FA.

"Tidak cukup untuk menyediakan pasukan dalam tempoh seminggu tetapi ini situasi luar biasa. Chelsea ada pemain yang bagus dan mereka seharusnya berada pada prestasi terbaik untuk memudahkan tugas saya," kata Hiddink.

Menurut Hiddink, dia merancang untuk hadir pada perlawanan pusingan kelima Piala FA melibatkan Chelsea dan Watford Sabtu ini.

Jurulatih dari Belanda itu menambah, dia akan menghubungi pengurus terdahulu Chelsea, Luiz Felipe Scolari dalam sehari dua ini untuk berbincang mengenai pasukan itu.

Scolari telah dipecat kelab itu pada Isnin lalu ekoran prestasi hambar yang dipamerkan anak buahnya dalam kempen liga domestik.

Hiddink turut menjelaskan, dia tidak menandatangani sebarang kontrak bersama Chelsea dan tidak merancang untuk berbuat demikian.

"Saya tak perlu tandatangan apa-apa. Ini bukan soal wang," katanya yang mempunyai hubungan rapat dengan hartawan Rusia, Roman Abramovich yang juga pemilik kelab Chelsea.

Ditanya adakah dia akan turut membawa pembantu ke Stamford Bridge, Hiddink berkata: "Belum lagi buat masa sekarang. Saya mahu lihat dulu situasi dalam pasukan sebelum membuat apa-apa perubahan, jika perlu." - Reuters


>Petikan KOSMO!Online


>>Lagi berita Sukan? Klik Kosmo! Online
Read More

11 February 2009

KELATE GOMO PERAK PULOK...!

11.2.09 0
Kelantan meneruskan aksi Liga Super dengan mencatatkan kemenangan ke atas Perak 3-2 di Stadium Perak. Nor Farhan menjaringkan 2 gol manakala Khalid Jamlus menjaringkan 1 gol utk memastikan Kelantan terus mengekori pendahulu liga Negeri Sembilan.

Pada aksi lain, Negeri Sembilan mengalahkan Johor FC 3-0, Kedah menang ke atas KL Plus 2-0, Selangor mengatasi Perlis 2-1.
Read More

06 February 2009

PENJELASAN MENGENAI KFC

6.2.09 0
Penjelasan kat bawah dipetik dpd email kat opis aku berkenaan kaitan antara KFC Malaysia dan Israel. Diharap dpt menjernihkan kekeliruan yg semakin terkeliru...


salam semua...

tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC.
banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata
"baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah
banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan
segenap lapisan masyarakat.

untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)
Bhd.
Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak
tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M)
Bhd adalah milik malaysia . tiada sebarang keuntungan yang diberikan
kepada US mahupun Israel . KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya
membayar yuran penggunaan nama sahaja.

akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation,
pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha
yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang
mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings
(M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :

Pizza Hut
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)

tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh
itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada
orang islam malaysia ?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini.
diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa
sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan
Jihad Bisnes.


sekian.


Muhamad Ammar Abdullah
Halal Audit Executive
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443


Tapi utk memastikan kesahihan maklumat tersebut silalah selidik kembali jika ada keraguan yerk.. Ok
Read More

05 February 2009

VIDEO PERSEMBAHAN SILAT PULUT SEMPENA PERKAHWINAN HANIF DAN DAYAH

5.2.09 0


Persembahan silat dari kumpulan apa tah ni, aku pon lupa nak tanya. Kira boleh la pakat2 tengok. Video ini adalah milik peribadi dan hanya disiarkan utk hiburan free semata-mata. Jadi harap jgn disalahguna dan disalah tafsirkan. Ok.
Read More

MAKAN-MAKAN KAT PCB - GENG X-POLY

5.2.09 0
Makan-makan lagi.........Jumpa Mesti Makan Ker?

Semua ada (yg mana ada...)

Selepas makan kenduri kat rumah Dayah kitaorg amik kesempatan pi lepak2 kat PCB (Pantai Cahaya Bulan). Dah la baru lepas makan kenduri, pi isi perut lagi tu kat sini plak. Camne la aku tak boroi. Sambil mkn2 2 motif sebenarnya adalah utk sembang2 (wak bual) la. Dh lama x jumpa. Bole la cite2 sikit apa perkembangan terbaru.

Ipie kontrol ayu...

Mc Nie sedang merenung masa depan

Ni wak mkn2 kat restoran 6 bintang ni. Jgn terpengaruh nga suasana tersebut tapi mmg tokei kedai ni wak stail mcm 2 kot. Kedai nampak low tp sebenarnya high standard (haha..). Kira ok la 2.. Semo eksen2 time makan. Tak sempat nak kontrol cun.

Aaaaaaaaaaa........

Bila la plak dpt jumpa yerk. Harap2 la jadi la program yg dirancangkan tuh. Buat tu biarla time poket berisi deh. Kalu tak gak nampaknya x jln la.

p/s: dengar kaba Ipie nak sponsor pi Genting ni.. Betul ker? Emmm... (hehe..)
Read More

GAMBAR DAYAH & HANIF

5.2.09 0
MAJLIS PERKAHWINAN DAYAH DAN HANIF


Sori lambat. Ni ada gambar masa kenduri kat rumah Dayah tempohari. Tak banyak, sekeping jer. Boleh la dijadikan pengubat kpd sape-sape yg tak pi kot.

Read More

04 February 2009

MUSIM PERPINDAHAN PEMAIN TAMAT

ARSENAL MENGUKUHKAN SKUAD

4.2.09 0
Arshavin sah milik Arsenal

ARSHAVIN akan menyarung jersi Arsenal sehingga Jun 2012.

MOSCOW - Perancang kelab Zenit St. Petersburg, Andrei Arshavin kini sah menjadi milik Arsenal.

Bagaimanapun, Zenit memaklumkan bahawa nilai perjanjian jual beli Arshavin adalah lebih tinggi daripada 12 juta pound (RM62 juta) seperti yang diumumkan Arsenal kelmarin.

"Kedua-dua kelab telah bersetuju untuk menyelesaikan perjanjian ini. Arshavin akan beraksi untuk Arsenal mulai sekarang," kata jurucakap Zenit, Alexei Petrov semalam.

Jelas Petrov, Zenit menerima jumlah wang melebihi 12 juta pound (RM62 juta) seperti yang diumumkan Arsenal, namun dia enggan memberitahu jumlah sebenar perjanjian itu.

"Terma-terma kontrak itu begitu menguntungkan bagi Zenit. Nilai perjanjian adalah lebih daripada 12 juta pound," ujarnya.

Kelmarin, sumber dalaman Arsenal memberitahu Arshavin sah menyertai skuad The Gunners itu sehingga Jun 2012.

Namun, beberapa jam selepas pintu perpindahan ditutup kelmarin, masih belum ada pengesahan rasmi tentang perpindahan Arshavin.

Dalam pada itu, Arshavin dijangka tidak akan membuat penampilannya untuk beberapa minggu ini kerana dia perlu mempertingkatkan tahap fizikalnya bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan di England.

Pemain berusia 27 tahun itu mula menjadi perhatian pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 selepas Rusia berjaya melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada Sepanyol. - AFP


>>Petikan Kosmo! Online

Read More

YANG TERHANGAT - KONTROVERSI NEW MPV PROTON

4.2.09 0
TERHANGAT MENJADI BUALAN!

MPV PROTON MASIH MENJADI TANDA TANYA


Sekarang ini masih hangat diperkatakan tentang MPV Proton baru yg bakal menjengah pasaran. Hampir kesemua blog kereta/ auto membincangkan pasal rupabentuk dan tahap pencapaian produk baru Proton ini. Mampukah pembuat kereta nasional kita menghasilkan produk yg benar-benar hangat dipasaran.

Gambar kat atas adalah kemungkinan MPV baru Proton yg sedang di test
- Asal dpd Totoya Wish

Penulis juga terkedu bila membaca komen-komen dan melihat gambar (pelik tapi bukan benar) oleh para pengunjung beberapa forum popular. Tak disangka masih ramai yg menyokong pembuat kereta kebanggaan rakyat Malaysia itu. Penulis sendiri sedang berkira-kira utk menambah koleksi kereta nasional, setelah sekarang penulis memiliki sebuiah Proton Gen2 (walau ada banyak masalah). Tapi bukan masanya utk bercakap berkenaan hal tersebut.

Ni plak kemungkinan Proton mengambil inspirasi dari Model Lotus

Antara forum kereta popular adalah seperti //kereta.info/, //blog.e-kereta.com/, //paultan.org/ serta masih ada beberapa forum yg masih hangat lagi. Mereka masing-masing memberi komen tak sabar utk menanti pelancaran MPV baru tersebut dan menharapkan yg terbaik dpd MPV tersebut. Ada juga yg bagi komen "tak mahu beli awal-awal coz takut produk masih bermasalah, dan mengharapkan proton men-setelkan problem tersebut dan memastikan MPV tersebut benar-benar perfect". Betul ke?

Proton juga mungkin bekerjasama dengan Cherry

Adakah ini bayangan MPV tersebut?

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat ajela..
Semoga MPV baru ini lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang....?
Read More

Post Top Ad

Your Ad Spot