Arshavin sah milik Arsenal
ARSHAVIN akan menyarung jersi Arsenal sehingga Jun 2012.
MOSCOW - Perancang kelab Zenit St. Petersburg, Andrei Arshavin kini sah menjadi milik Arsenal.
Bagaimanapun, Zenit memaklumkan bahawa nilai perjanjian jual beli Arshavin adalah lebih tinggi daripada 12 juta pound (RM62 juta) seperti yang diumumkan Arsenal kelmarin.
"Kedua-dua kelab telah bersetuju untuk menyelesaikan perjanjian ini. Arshavin akan beraksi untuk Arsenal mulai sekarang," kata jurucakap Zenit, Alexei Petrov semalam.
Jelas Petrov, Zenit menerima jumlah wang melebihi 12 juta pound (RM62 juta) seperti yang diumumkan Arsenal, namun dia enggan memberitahu jumlah sebenar perjanjian itu.
"Terma-terma kontrak itu begitu menguntungkan bagi Zenit. Nilai perjanjian adalah lebih daripada 12 juta pound," ujarnya.
Kelmarin, sumber dalaman Arsenal memberitahu Arshavin sah menyertai skuad The Gunners itu sehingga Jun 2012.
Namun, beberapa jam selepas pintu perpindahan ditutup kelmarin, masih belum ada pengesahan rasmi tentang perpindahan Arshavin.
Dalam pada itu, Arshavin dijangka tidak akan membuat penampilannya untuk beberapa minggu ini kerana dia perlu mempertingkatkan tahap fizikalnya bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan di England.
Pemain berusia 27 tahun itu mula menjadi perhatian pada Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 selepas Rusia berjaya melangkah ke separuh akhir sebelum tewas kepada Sepanyol. - AFP
>>Petikan Kosmo! Online

No comments:
Post a Comment