SENJATA BARU CHELSEA - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

12 February 2009

SENJATA BARU CHELSEA

Hiddink senjata terbaru Chelsea




BELEK, Turki - Jurulatih Rusia, Guus Hiddink akan mengambil alih tugas pengurus Chelsea bermula minggu depan sehinggalah penghujung musim ini.

Keputusan itu bakal menyaksikan Hiddink menerima 2.5 juta pound (RM13.1 juta) sepanjang empat bulan bersama kelab dari Stamford Bridge itu.

Menurut laporan, pengendali pasukan kebangsaan Rusia itu akan menerima gaji asas sebanyak 1.5 juta pound (RM7.84 juta) selain tambahan bonus 500,000 pound (RM2.6 juta) andai berjaya membantu Chelsea menjuarai kempen Liga Juara-Juara.

Dia juga bakal memperoleh bonus berdasarkan prestasi semasa kelab itu dalam Liga Perdana England dan Piala FA.

"Tidak cukup untuk menyediakan pasukan dalam tempoh seminggu tetapi ini situasi luar biasa. Chelsea ada pemain yang bagus dan mereka seharusnya berada pada prestasi terbaik untuk memudahkan tugas saya," kata Hiddink.

Menurut Hiddink, dia merancang untuk hadir pada perlawanan pusingan kelima Piala FA melibatkan Chelsea dan Watford Sabtu ini.

Jurulatih dari Belanda itu menambah, dia akan menghubungi pengurus terdahulu Chelsea, Luiz Felipe Scolari dalam sehari dua ini untuk berbincang mengenai pasukan itu.

Scolari telah dipecat kelab itu pada Isnin lalu ekoran prestasi hambar yang dipamerkan anak buahnya dalam kempen liga domestik.

Hiddink turut menjelaskan, dia tidak menandatangani sebarang kontrak bersama Chelsea dan tidak merancang untuk berbuat demikian.

"Saya tak perlu tandatangan apa-apa. Ini bukan soal wang," katanya yang mempunyai hubungan rapat dengan hartawan Rusia, Roman Abramovich yang juga pemilik kelab Chelsea.

Ditanya adakah dia akan turut membawa pembantu ke Stamford Bridge, Hiddink berkata: "Belum lagi buat masa sekarang. Saya mahu lihat dulu situasi dalam pasukan sebelum membuat apa-apa perubahan, jika perlu." - Reuters


>Petikan KOSMO!Online


>>Lagi berita Sukan? Klik Kosmo! Online

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot