Alahai..banyak yg penulis terlepas utk isi dlm ruangan blog ini sepanjang minggu ini. Biasalah ada masanya relax dan ada jgk time busy. Ok la, ini adalah rangkuman berita2 menarik sepanjang minggu ini.
VIETNAM BERTEMU THAILAND DALAM KEJOHANAN SUZUKI CUP 08
Vietnam mengejutkan juara dua kali, Singapura dengan kemenangan 1-0 di tempat lawan setelah seri 0-0 pada pertemuan pertama. Vietnam akan bertemu Thailand yang menumpaskan Indonesia 3-2 pada perlawanan kedua. Vietnam yg merupakan duri dlm daging pasukan Malaysia bermain dengan penuh semangat utk membenam cabaran Singapura yg banyak didominasi oleh pemain 'IMPORT'.
MALAYSIA CATAT KEJAYAAN HATRIK GRAND FINAL SUPER SERIES
Tiga wakil Malaysia pada aksi final SUPER SERIES di Sabah, berjaya dlm saingan masing2 apabila menjadi juara bagi kategori perseorangan lelaki, beregu lelaki dan beregu wanita.
Kejayaan Malaysia didahului oleh Datuk L.C.Wei setelah menumpaskan Peter Gade. Manakala beregu lelaki K.K.Keat dan T.B.Heong pula menumpaskan pasangan Korea, J.J. Sung dan L.W.Jae. Menampakkan sedikit kebangkitan mereka seolah2 mula mendapat rentak setelah dilanda dengan pelbagai kontroversi.
Kejayaan lebih manis dicatatkan oleh pasangan wanita negara dengan mengalahkan pasangan berpengalaman Indonesia, Vita& Liliana. Kejayaan W.P.Tie dan C.E.Hui ini membuktikan aksi wanita juga mampu menyumbang kejayaan kpd negara.
Perseorangan lelaki memenangi sebanyak USD$40000 manakala beregu sebanyak USD$42000.
PERKAHWINAN MAWI DAN EKIN
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 20hb December 2008. Tahniah buat pasangan ini. Hanya dengan sekali lafaz, Mawi telah bergelar suami kepada Ekin.
Emm..banyak lagi isu menarik lain cuma tak sempat nak tulis dah. Bagi sape2 yang ada isu2 terkini tu boleh la berkongsi dengan penulis ye. K
Post Top Ad
Your Ad Spot
23 December 2008
Tags
# Info Semasa
About ammboi
Templatesyard is a blogger resources site is a provider of high quality blogger template with premium looking layout and robust design. The main mission of templatesyard is to provide the best quality blogger templates which are professionally designed and perfectlly seo optimized to deliver best result for your blog.
Info Semasa
tag
Info Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot

1 comment:
Aku Jua heran.....
Post a Comment