PETUA MINGGU INI | ELAKKAN BAYI DEMAM LEPAS DISUNTIK | ANAK BATUK - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

02 May 2011

PETUA MINGGU INI | ELAKKAN BAYI DEMAM LEPAS DISUNTIK | ANAK BATUK

Lama pulak tak update post kat blog ni. Maklumlah, kalu kat rumah memang tak sempat. Tak sempat nak cari idea, apalagi nak taip entry. Ni nasib baik Adli tidur. Sedap tengok dia tidur. Nak buat macam mana, pukul 5 pagi dia bangun. Uihh..ammboi saja jer tak mau layan nak suh dia tidur balik. Tapi apakan daya, usaha dia dok cucuk lubang hidung ammboi berjaya, ammboi dah tak tahan lagi nak berlakon dan terpaksa la layan dia pepagi buta lagik. Rasanya ayam kat kampung pun tidur lena lagi time tu...uuuuu... Ok..Taknak melalut panjang, ammboi nak berkongsi petua ni ngan korang. Tak kira la mak budak ke bapak budak, korang mesti kena tau bab-bab petua ni. Petua apa tu?  ELAKKAN BAYI DEMAM LEPAS DISUNTIK dan ANAK BATUK! Jo baca sehabisnya...


ELAKKAN BAYI DEMAM LEPAS DISUNTIK


Bayi selalunya akan demam lepas menerima suntikan pelalian. Untuk mengelakkan bayi anda demam, ambil sebiji bawang kecil dan sapukan pada bahagian yang disuntik sebaik sahaja selesai disuntik. 

p/s : Adli memang tak pernah demam bila kena suntik, jadi ammboi tak pernah try pun. Dulu ada jugak tuam dengan gelas yang dipanaskan dengan air panas, kemudian balut ngan tuala (untuk elakkan panas panas) dan tuamkan ke tempat yang dicucuk. Alhamdulillah berkesan jugak.

ANAK BATUK


Ambil bawang putih dan asam gelugur. Kemudian bakar sehingga hangit. Letakkan didalam piring dan campurkan dengan sedikit minyak masak. Tenyehkan bawang putih dan asam gelugur bakar tadi sehingga hancur. Sapukan pada dada anakketika dia sedang tidur.
p/s : ni isteri ammboi dah try, alhamdulillah..nampak macam menjadi jer. Kurang sikit batuknya. Korang try la jugak mana tau ok hasilnya.


RESPON : TOLONG KOMEN KAT SINI SEBARANG RESPON DARI KORANG YANG NAK CUBA, DAH CUBA MAHUPUN YANG TAK MAHU CUBA...KENAPA?

Post Top Ad

Your Ad Spot