Terkejut ammboi dengan berita pagi ini. Apabila KAFA (Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan) berminat untuk menjadi tuan rumah Pusingan Kelayakkan Olimpik 2012 antara Malaysia lawan Lubnan 23 Jun depan. Hasrat ini khabarnya telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permohonan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan.
Ammboi sangat bersetuju dengan hasrat KAFA ni dan sangat mengharap FAM bersetuju dengan cadangan KAFA ni. Cuma ammboi rasa FAM ni susah nak lepas kot. Memandangkan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV hanya mempunyai kapasiti 20,000 tempat duduk mungkin FAM rasa perlu mencari stadium yang lagi besar kot.
Tapi FAM perlu kaji secara terperinci perkara ini. Jika selama ini perlawanan diadakan di Stadium Nasional mahupun Stadium Shah Alam, jumlah penonton cuma sekitar 10,000 kebawah jer. Apa salahnya jika sesekali perlawanan besar begini dibawa ke Kelantan mahupun negeri-negeri lain. Mungkin stadium tu penuh kan...?
Kelebihan bermain di Kelantan yang ammboi boleh gambarkan :
- Jualan tiket pastinya akan laris selaris-larisnya!
- Stadium konfom akan penuh!
- Gema sorakan penonton pastinya dasyat!
- Semangat para pemain juga pastinya meningkat!
- INSYAALLAH...KEMENGAN YANG DICARI JUGAK DAPAT!
Tapi ammboi juga tak mahu nafikan adanya unsur-unsur tak molek kat Kelantan ni. Mintak dijauhkan yer. Jika benar FAM dan AFC bersetuju dengan cadangan ini, semua penyokong kat Kelantan perlu buktikan bahawasanya anda semua adalah PEMINAT YANG SEJATI!
Diceritakab Semua Oleh : Ammboi.Com
Gambar/Sumber : Kosmo!Online
3 comments:
kelantan,terbaik......
xkan lps la...FAM xkan bg punya...
@Hatim - terbaik! bro.. mesti penuh stadium punya...
@3DDiE - tu la.. demi pembangunan sukan bolasepak, FAM seharusnya buka mata la..
Post a Comment