EKSPEDISI MEREDAH HUTAN, BUKIT BUKAU JUGA SUNGAI........? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

14 April 2011

EKSPEDISI MEREDAH HUTAN, BUKIT BUKAU JUGA SUNGAI........?

Salam 1Malaysia Semua

Di pagi yang ceria ni ammboi nak bercerita pasal ekpedisi yang ammboi sertai tempohari. Mungkin agak terlambat, tapi sebab dah takde idea maka ammboi rasa cerita pasal ni pun ok jugak kan. Maklumlah, bercerita pasal ekspedisi ni memerlukan gaya penulisan yang betul-betul ekstrem. Kalau tak jadi macam cerita bebudak jer. Tapi ammboi tak pandai sangat bab-bab penulisan gaya begitu. Jadi mana yang ammboi tulis itulah pengalaman ammboi.


Ekpedisi ni sungguh mencabar. Kami hampir-hampir dikejar haiwan ganas dan bermacam-macam lagi. Tak caya, jom sesama baca citer ammboi nih....


Sebenarnya ammboi ditugaskan bersama beberapa member (Hj.Kodir + En. Roslan) lagi untuk membuat tinjauan (keadaan semasa / mengambil maklumat) di salah sebuah sungai di area sini-sini nih. Sungai ni kira tak mampu dah untuk menampung hujan lebat. Jika hujan lama sikit dah mula la banjir. 


Biasalah sungai kat KL nih, kalau tak kerana kegagalan sungai tersebut berfungsi sebaiknya, faktor lain yang menyebabkan banjir adalah sikap orang ramai yang mengambil jalan mudah membuang sampah ke dalam sungai. Jadi jangan dok salahkan kerajaan (jabatan kerajaan) jer. Sedar kesilapan sendiri dulu. Jangan hanya mementingkan diri sendiri. Bab pencemaran ni adalah tanggungjawab bersama yer.

tgk keadaan sungai...banyak benda ganggu sebab tu ada masalah...
Sambung pasal tinjauan tadi, kami perlu meredah segenap penjuru sungai tersebut. Wah, makin mencabar ni. Kami terpaksa meredah hutan mini (tak sangka kat kawasan macam ni boleh ada hutan mini lagik), juga mengharung sungai. Dalam ker sungai tu? Fuhhh..dasyat...memang dalam. Sampai ke dada.....!

tu la gambar haiwan buas yg mengganggu kami.. tp tgk hj.kodir relak jer... anjing tu sib abik tak kejar...
Haiwan buas jugak banyak. Tetiba ketika sibuk mengambl gambar ammboi dengar ada sesuatu datang.. Mak ai.. Kalau kena kejar dengan menatang ni mampoih... Mana aku nak lari ni... Sib baik Hj.Kodir relak jer. Biasalah orang berpengalaman, kalis dah dengan menatang nih......

check point terakhir kami keluar setelah penat meredah....
Selesai kat situ kami kena tinjau tempat lain pulak. Kena redah meredah lagik nih. Sampaikan ammboi terjatuh dalam parit dek kerana terkandas masa melompat. Tu la..bawa perut macam ibu mengandung dah. Aiseh..kena diet nih....

3 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

masa ammboi terjatuh tu..akak berasa gegarannya di sini...heee..

fendy said...

perut mengandung?haha.
tak boleh bla ayat bro.

ammboi said...

@kpah k-poh - hahahahaha..gegar jugak yer... xleh buat apa la...

@febdy - hehe...biasalah bro..dah tua2 ni makin boroi pulak...

Post Top Ad

Your Ad Spot