9 ASAS KENAPA JAWATANKUASA MUFTI NEGERI PERAK KATA POCO-POCO HARAM - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

07 April 2011

9 ASAS KENAPA JAWATANKUASA MUFTI NEGERI PERAK KATA POCO-POCO HARAM


Poco-poco, sudah tidak asing lagi kepada semua rakyat Malaysia. Kalau ada jer apa-apa majlis mesti tarian poco-poco akan dimainkan jugak. Tak kira jantina lelaki mahupun wanita, apa sahaja bangsa Melayu, Cina, India juga bangsa-bangsa lain, lantaklah kecik mahupun besar, mereka girang dan seronok dengan poco-poco. Namun demikian, fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Mufti Negeri Perak ini kita mesti beri perhatian sepenuhnya. Jika benar poco-poco ini meniru gerakkan berunsur 'keagamaan' agama lain, maka adalah satu kewajiban kita untuk meninggalkannya.


Asal usul poco-poco ini dikatakan berasal dari Filipina. Ianya dimainkan ketika upacara keagamaan mereka. Sebelum ini ada penyebaran mengenai perkara ini dalam email. Namun ianya masih samar dan menjadi tanda tanya samada ianya berunsur penyebaran khabar palsu atau benar kemungkinannya.

Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

IPOH - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco haram pada mesyuarat fatwa negeri itu kali ke-186 yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu setelah mengambil kira sembilan asas termasuk soal akidah dan kepercayaan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, walaupun tarian itu dilihat sebagai penjagaan kesihatan oleh beberapa pihak namun, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

"Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka.

"Lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. - Petikan : Kosmo!Online


JIKA BENAR ANDA MAHU BERSENAM
Lakukanlah ibadat sembahyang 5 waktu setiap hari mahupun malam seperti yang telah ditetapkan. Itupun sekurang-kurangnya kita telah melakukan senaman regangan yang begitu mempesonakan. Ringan tapi begitu menakjubkan kan?

Untuk poco-poco tu, tukar kepada nama lain yang lebih sesuai dengan budaya kita. Tariannya pula buat ajer yang ringkas dan selesa. Jangan tiru sebijik pulak. Kan nama jer lain, tapi tariannya sama jer.


Korang juga boleh baca disini :



5 comments:

coretan lia iqmalia said...

nasib baik dah main dah ngan poco-poco nieh...ade hikmah rpe nye bile nk g je ada halangan... =p

Unknown said...

mmg lar tujuan tu elok tuk jg kesihatn...tp dh mcm langgar akidah bek xpyh...byk lg bnd len bleh buat...suh joging mls...hahaha

ammboi said...

@Corat-Coret - ok la tu kan.. jauhi la dpd perkara yg dilarang nih...

ammboi said...

@Eddie - hehehe...ko joging tak bro..?

Shila said...

tak penah nak bljr pn poco2 ni mcm mana...

tapi selalu hal2 mcm ni, ada je yg membangkang dan di ambil mudah...

Post Top Ad

Your Ad Spot