Bagi ammboi siapa lawan Malaysia tidak penting. Apa yang perlu Skuad Harimau Malaya tunjukkan adalah kesungguhan dan sikap profesional semasa menentang lawan. Menang atau kalah adat bertanding. Biasalah kalau menang kita bersorak, jika kalah memang 'monyok macam ayam kena selsema'. Itu adat. Berkenaan cara permainan dan mentaliti pemain skuad negara era 2010 - 2011 ini ammboi boleh garenti mereka berupaya mencipta kejutan.
Corak permainan yang menarik dan keupayaan menentang lawan yang lebih tinggi yang skuad negara kita telah buktikan kemampuan mereka. Bayangkan, menentang Etoile FC (kelab Perancis berpengkalan di Singapura) yang mempunyai pemain serba tinggi dalam sebarang posisi mereka mampu menjaringkan GOL melalui tandukkan. Itulah gaya licik dan berani yang perlu ada dalam setiap sanubari pemain negara. Tak kira dari mana lawan kita, mana tempatnya skuad negara kita juga telah membuktikan mereka bukannya jagoan kampung lagi.
Namun undian hari ini ammboi harap lawan yang bakal ditentang pada pusingan kedua (kelayakkan Olimpik 2012) kasi yang ringan sedikit. Ammboi memilih kepada pasukan China berbanding Korea Selatan, Australia, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Syria, Arab Saudi, Lebanon atau Uzbekistan. Ini kerana China mempunyai pemain yang lebih kurang gayanya dengan Hong Kong yang kita belasah tempohari. Namun ammboi tak pasti dengan kekuatan sebenar China, itu cuma andaian ammboi. Tapi undian yang dijalankan pada hari ini akan menentukan segalanya.
Begitu juga dengan Kelayakkan Piala Dunia 2014 (Zon Asia). Nampaknya Malaysia terpaksa mengharungi pusingan pertama terlebih dahulu berikutan ranking Asia negara kita terkeluar untuk mendapat bye pada pusingan pertama. Malaysia akan menentang samada Afghanis- tan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos.
1 comment:
Salam...
Singgah di hari rabu...
Jemput singgah sini....Thanks
Sumanje blogger baru..
salam kenal...
maaf ganggu...
!~~~~~Sumanje~~~
Post a Comment