Dasyat benar zaman serba moden ni kan. Umpama semakin moden kita akan semakin canggih dalam segala bab. Tak kiralah pasal gajet terkini ke, pakaian ke, kenderaan ke, malahan agama pun diorang gubah secanggih zaman. Korang mesti dah dengar isu ni kan..."PAKEJ PERLANCONGAN SAMBIL BERTUKAR-TUKAR ISTERI.." dan ..."AKTIVITI SEKS BEBAS HUJUNG MINGGU.." iaitu "swinger" tukar pasangan hujung minggu, kononnya untuk 'ubah selera' la konon.
Gila siot! Bini pun diorang boleh kongsi-kongsi. Bak kata Ustaz Zawawi dalam akhbar hari ini....
"Ini budaya jahilliah dan tidak perlu diimport masuk ke negara ini dengan 'merasmikan' hubungan haram sebegini sedangkan tanpa kita sedari, kita sudah banyak kes seumpamanya seperti isteri atau suami curang, cuma bukan secara rasmi dan tanpa kerelaan pasangan"....
Isk...apa nak jadi dah kan dengan orang 'moden' zaman sekarang. Semoga kita dijauhilah daripada perkara laknat sebegini. Amin.....
keharmonian dalam rumahtangga perlu dijaga sebaiknya kan... |
p/s : kes ni ada melibatkan org Islam jugak ker???
2 comments:
pakej tukar isteri tu semuanya org islam ke??
@mrs.sabritak pasti la kak, mungkin belum ada lagi kot.. mintak jauh ler kan.. amin...
Post a Comment