Semalam kita telah dipersembahkan dengan satu lagi berita pendedahan 'Siapa Datuk T' yang menjadi tanda tanya kepada umum berikutan pendedahan video seks pemimpim kanan Pakatan Rakyat membabitkan orang 'berkenaan' dengan pelacur warga asing. Datuk T yang dimaksudkan rupa-rupanya bukan singkatan nama 'T' sebaliknya gabungan 3 orang datuk, dan mereka hanya mahu dikenali dengan panggilan TRIO sahaja. Mereka adalah :
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik
Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah
Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim
Datuk bertiga ini mendakwa mereka memiliki rakaman video seks berkenaan dan mahu menyerahkan kepada Suruhanjaya Diraja yang mereka gesa segera ditubuhkan untuk siasatan yang lebih lanjut.
“Kami menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menentukan kesahihan video itu untuk membuktikan pelaku seks dalam rakaman itu adalah seorang pemimpin pembangkang,” kata Shazryl.
Sumber : Buletin Utama (23/3/11)
Sumber : Kosmo!Online
Gambar : Kosmo!Online
No comments:
Post a Comment