Mandi Wajib : Rukun dan Niat Mandi Wajib - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

05 February 2011

Mandi Wajib : Rukun dan Niat Mandi Wajib

Salam 1Malaysia Semua

Pagi ini ammboi ingin membincangkan pasal MANDI WAJIB. Mungkin kita sering memandang mudah perkara sebegini. Namun artikel ini diterbitkan bertujuan sebagai perkongsian bersama/ rujukan / dan peringatan kepada semua termasuklah ammboi sendiri. Post ini merupakan sambungan kepada tajuk sebelum ini iaitu Mandi Wajib : Pengenalan.

Kali ini kita akan mendalami apa itu rukun dan niat mandi wajib.

Rukun Mandi Wajib


Rukun Mandi ada tiga perkara meliputi :

  • Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  • Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  • Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

Niat Mandi Wajib

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala". Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain "nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah: "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.


Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.


Sumber : Wikipedia
Susunan Semula Oleh Ammboi

1 comment:

nazirulhazwan~ said...

bagus2, bia yang tak tau dpt tau, kadang2 ramai orang kite ni bukan tau sgt pon, tp malu nak blajar;p

Post Top Ad

Your Ad Spot