Salam 1Malaysia Semua
Syukur ke hadrat ilahi, berkat dan limpahan rahmatnya kita 1Malaysia dapat hidup aman sejahtera. Ammboi bukannya hari ini baru sedar, tapi kesedaran akan kedamaian yang kita kecapi hari ini bukannya terlalu murah untuk digadaikan. Bukan mudah untuk kita perhambakan. Justeru itu, kita semua wajar menjadikan peristiwa di Mesir sebagai satu iktibar dalam menghadapi rencana hidup di masa hadapan.
Misi menyelamat di Mesir (sumber gambar Kosmo!Online) |
Pergolakan di Mesir berpunca dari beberapa faktor yang cukup mudah. Sikap pemimpin yang gagal membela nasib rakyatnya dan juga sikap rakyatnya sendiri yang taksub dengan arus kemodenan. Seperti yang ammboi pernah baca dalam beberapa artikel (blog dan lain-lain) rakyat Mesir sendiri sudah jauh hanyut. Betulke?
Kedegilan Presidennya tidak mahu tunduk pada desakan rakyat untuk lepaskan jawatannya, menambahkan lagi gelora kemarahan dikalangan perusuh. Ammboi sendiri gerun membaca dan melihat dalam tv berita berkenaan peristiwa di Mesir. Ianya seolah-olah negara Islam sudah hilang arah akibat tekanan budaya yang cuba disebarkan Yahudi, musuh Islam selamanya. Adakah Mesir akan menjadi seperti Iraq, tundukkan negara Islam akibat daripada musuh Islam dalam selimut?
Di Malaysia juga kita begitu khuatirkan keselamatan sahabat kita (pelajar Malaysia / rakyat Malaysia yang menetap disana). Adakah mereka mampu mengharungi detik-detik cemas dengan sebaiknya? Tindakan kerajaan Malaysia begitu diperlukan. Dan khabarnya bantuan sedang dalam proses untuk disampaikan. Harapnya pihak bantuan akan berjaya memindahkan rakyat kita keluar dari kawasan rusuhan berkenaan.
Doa dan semangat dari seluruh warga Malaysia amat diperlukan. Semoga semua selamat hendaknya. Amin....
No comments:
Post a Comment