Cerita Sengal : Cikgu Nasyor dan Mat - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

08 February 2011

Cerita Sengal : Cikgu Nasyor dan Mat


PART I

Cikgu Nasyor (Nasir... Nasyor tu kata orang Peghak) sedang mengendalikan kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid²nya melakukan regangan otot.

Tiba di satu bahagian, dimana murid² baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya tersebut yang bernama Mat.


Cikgu Nasyor: "Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah?"

Mat : "Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti. Takkan nak kayuh jugak."


PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid²nya.

Cikgu Nasyor: "Siapa nak masuk / pergi syurga?"

Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya...

Cikgu Nasyor: "Mat, kenapa awak tak nak pergi / masuk syurga?"

Mat : "Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan gatal nak pergi mana-mana."




PART III

Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Cikgu Nasyor: "Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepung?"

Mat : "Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah... . Emak sedang membuat kek di
dapur."

Cikgu Nasyor: Mana tepungnya??

Mat : "Tepung kan ke dalam kek tu... . Cikgu nie tak sekolah ke hape??"


PART IV

Cikgu Nasyor : "Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang "

Joe : "Untuk mencari makanan, cikgu"

Cikgu Nasyor : "Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?"

Wati : "Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu."

Cikgu Nasyor : "Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?"

Mat : "Untuk membungkus nasi lemak, cikgu... "

Cikgu Nasyor : "Uiks!..... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...."

1 comment:

Lalinkfyza said...

sengal punya cikgu =) but good for realese tencion =)

Post Top Ad

Your Ad Spot