Salam 1Malaysia Semua
Terlebih dahulu ammboi hendak memohon jutaan kemaafan diatas kegagalan ammboi membalas jejak kengkawan semua sehari dua ini. Ammboi betul-betul telah terputus hubungan dengan dunia internet ketika berada di rumah mentua ammboi. Biasalah, kat rumah mentua ni kita kena la tunjuk baik sikit. Takkan asyik nak online jer kan. Apa plak kata dia nanti. Hehehe...ammboi bukannya baik sangat pun.
Seperti yang ammboi angan-angankan, bermula dari 2011 ammboi nak buat post berkenaan analisis blog ammboi yang hina dina ni. Trafik bukannya banyak pon, tapi sekurang-sekurangnya ammboi dapat jadikan ia sebagai panduan dan rujukan kepada ammboi sendiri dimasa hadapan.
ANALISIS BLOG AMMBOI - MYAMM TODAY JANUARI 2011
MYAMM TODAY |
Perkembangan blog ammboi sepanjang ammboi bergiat dalam dunia blog ni memang terlalu perlahan. Biasalah blog yang sebegini siapalah yang sudi datang kan. Tapi ammboi sangat-sangat berterima kasih pada korang yang sudi datang. Tahniah juga kerana korang berjaya menahan siksa ketika berada di blog ammboi ni.
Sepanjang Januari 2011, ammboi dapat simpulkan bahawa pergerakan trafik blog ini semakin meningkat. Tolak dengan seminggu beraya cina kat kampung, trafik blog ni mula mencapai tahap yang memberangsangkan. Betul, dulu ranking Alexa blog ni cuma dalam kumpulan 4000 - 10000 di Malaysia. Kini ranking blog ini berada di kedudukan 1329 (semasa). Kira ok ler kan pada blogger yang serba kekurangan macam ammboi ni.
Korang boleh semak ranking blog korang di Alexa.
Berikut adalah paparan trafik dan sumber trafik yang ada di blog ammboi. Juga ada kata kunci yang menjadi tetamu utama di blog ini.
MataHaw Pesaing Utama Google Search
Ammboi juga nak ucapkan terima kasih pada si Haw ni. Tanpa beliau siapalah ammboi. Trafik yang blog beliau janakan begitu menakjubkan. Dibawah ialah maklumat yang ammboi amik kat NuffNang.
Bukti MataHaw adalah penyumbang utama trafik di MYAMM TODAY |
Hampir 100 lebih trafik sehari ammboi boleh kelaskan si MataHaw ini sebagai pesaing utama Google Search di blog ammboi. Google juga tidak memhampakan, ini kerana hasil carian melalui Google mampu mencecah 100 pengunjung sehari.
Macam mana nak tingkatkan trafik melalui Google Search Engine?
No comments:
Post a Comment