Tips Meningkatkan Trafik Blog - Berkawan Dengan Enjin Carian! - Terima Kasih MataHaw! - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

21 January 2011

Tips Meningkatkan Trafik Blog - Berkawan Dengan Enjin Carian! - Terima Kasih MataHaw!

Salam 1Malaysia Semua

Ho..ho...yeah... Biasalah bangun pagi ni kena buat senaman muka dulu. Hehehe.. Kalo tak cepat tua..(melalut la ko ammboi...). Ok cam biasa, bila tajuk macam kat atas tu korang mesti fikir ammboi nak aksi tutorial kan? Takde maknanya tu. Ammboi bukannya pandai sangat dan ammboi masih lagi baru dalam dunia blogging ni. Pagi ni ammboi cuma nak story sikit berkenaan tips yang ammboi pakai jer. Diulangi ini bukannya tutorial.



Macam mana korang tingkatkan trafik blog korang?

Ada beberapa cara kan :

  1. Blogwalking - Inilah cara yang paling berkesan kalau korang rajin. Pasti menjamin kepuasan korang punya.
  2. Iklan - Cuba cari tapak iklan yang betul-betul strategik untuk blog korang. Jika kena pada tempatnya pasti trafik akan bertimbun.
  3. SEO - Yang ni susah nak cakap sikit. Ada kata tak berkesan dan ada juga kata berkesan. Betul ker?

Apa yang ammboi amalkan?

Ammboi amalkan 2 daripada kaedah diatas. Iaitu Blogwalking dan SEO. Kedua-dua cara ni nampaknya sangat berkesan. Iklan...ada jugak jengjarang...hehe

Malas ammboi nak cerita bab BW ni. korang sendiri tahu dah kan.

SEO
SEO ni dalam kata lain Search engine optimization adalah proses meningkatkan potensi sebuah website atau laman web di search engine melalui hasil pencarian. Bentuk lain dari mesin pencari target marketing (SEM) dibayar listing. pada kebiasaanya semakin tinggi page rank atau semakin tepat keyword yang diberikan ,potensi untuk laman web anda muncul dalam senarai hasil carian semakin tinggi dan semakin banyak pengunjung itu akan menerima dari enjin carian. SEO dapat mengenalpasti berbagai jenis pencarian, termasuk carian imej, carian tempatan, carian video dan industri-khusus mungkin didasarkan pada kualiti, jenis media, atau genre kandungan.. Hal ini memberikan kehadiran laman web anda pada sesebuah search engine…(errrkk betol ker ni, bantai jer la)

KELEBIHAN ENTRY SEO

dalam sehari biasanya ada jer keyword yang boleh meningkatkan trafik anda yang mana boleh dikatakan entry SEO…untuk kelebihan entry SEO ni anda biasanya akan dapat visitor yang berlainan..dalam kata lain mungkin bukan blogger atau orang biasa yang akan mencari keyword tersebut untuk mengetahui isu atau berita pasal keyword yang anda ketengahkan…erkkk..susahnya nak explain…sebagai contoh hari sabtu dan ahad lepas keyword yang panas adalah mengenai AJL..dan isnin lak isu fasha sandha…kalau korang semua buat entry pasal isu tu mungkin trafik korang akan meningkat..aku rasa yang ni semua orang tahu kot…tapi bila korang buat entry pasal sesuatu isu yang panas korang mestilah menitik beratkan tajuk dan keyword korang…pasal tajuk korang hendaklah pikir sesuatu yang mungkin orang akan taip atau cari di google dan lain-lain…ejaan pun kena tepat beb…. - Petikan Blog : FaizalFredly.Com

Puas hati baca dah? Tak puas hati korang klik blog beliau di SINI.

Itulah yang ammboi cuba amalkan. Namun pencapaian blog ammboi memang takleh dibandingkan dengan blog en.FF tu. Blog ammboi biasa-biasa ajer. Tapi yang penting ada la jugak hasilnya.


Hasil carian melalui GooGle mampun mencecah 3000 lebih sebulan. Kira-kira dalam 100 carian sehari melalui Google. Kira ok la bagi blogger kecil-kecilan macam ammboi ni.


Ranking blog ammboi juga semakin meningkat. Daripada angka 4000 bulan lepas, kini blog ammboi semakin meningkat naik. Rezeki atau nasib baik jer ni. Harapnya terus naik ler kan.

Berkawan Dengan MataHAw?


Woowwww...ammboi pun tak sangka bro ni begitu hebat. Terima kasih bro. MataHaw juga merupakan penyumbang utama trafik blog ammboi bulan ini.

1 comment:

Admin said...

nice bro...makin mantop la blog ni pasni..

Post Top Ad

Your Ad Spot