Satu KL Jem Hanya Kerana Raptai? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

27 January 2011

Satu KL Jem Hanya Kerana Raptai?

Salam 1Malaysia Semua

Terima kasih buat rakan-rakan blogger yang masih sudi menjengah blog ammboi ni. Tau la blog sengkek macam ni sapa yang sudi datang tu kira hebat dah. Memang tahap kesabaran anda melihat blog ammboi yang menyampah ni betul-betul teruji kan. Sekalung tahniah juga kepada yang berjaya meninggalkan jejak di blog ammboi. Tanpa korang siapalah ammboi ni kan. Terima kasih bebanyak!

jalan jem pepagi lagi (gambar hiasan dari SINI)

Pagi ni ammboi hanya nak cerita pasal JEM! Ala..dok KL ni sememangnya kita tak boleh nak lari daripada masalah JEM! kan. Boleh dikatakan adala setiap hari terpaksa meredah JEM!. Perjalanan yang sepatutnya 30 minit boleh jadi 2 jam! Tak ke melampau tu? Tapi ianya akan jadi tak melampau sangat kalau ada kes yang betul-betul tak boleh dielakkan seperti kemalangan atau sebagainya. Bagaimana pula kalau jalan tu JEM! hanya disebabkan satu PROGRAM yang boleh difikirkan langsung tak munasabah untuk diadakan di waktu puncak?


Korang yang keje kat KL ni tak mengalami masalah JEM! ke pagi tadi?

Ammboi memula rasa pelik jugak. Apasal banyak sangat kereta pagi ni. Sebab baru gaji ker? Atau sebab ada kemalangan ker? Ok lagi mood masa tu. Tapi bila dalam radio hebahkan (ammboi baru tau pagi ni) pasal jalan sekian-sekian ditutup sempena raptai program untuk minggu depan. Isk...diorang takde masa lain ker? Apalah salahnya kalau buat time malam atau hujung minggu ni. Kan sempat lagi tu. Tak fikir habis ke masa buat keputusan. Ianya bukan melibatkan 10 20 30 buah kereta jer, malahan hampir berjuta!

Perjalanan ammboi sepatutnya dalam masa 30 minit jer paling lambat pun. Tapi dah jadi dekat 2 JAM! Macam mana dengan yang lain lagi. Mesti ada yang lambat teruk datang keje.

Ammboi bukan nak mempertikaikan program berkenaan. Cuma ammboi rasa masanya langsung tak sesuai. Macam mana dengan korang? Ada yang lambat sampai keje ker? MESTI BOS SENYUM MANJA KAT KORANG KAN!!!!? (padahal bos pun lambat jugak...hahahahahahahaha)

5 comments:

mr.curly said...

fuhh..pg td mmg teruk jem eh..sumenye jd kaler merah..maksud wa, lampu minyak kete dh nyale lampu merah ( tnde nk abis la tu), punchkad merah, muke wa pun jd merah psl nk ngadap bos..tension!!!!

azieda razak said...

biasa macam tu la.. waktu2 puncak baru sibuk nak benda tak sepatutnya.. pendek akal ke dorang ni..

Genta said...

salam ammboi.

sebelum ni kerajaan marah dan salahkan orang yang berdemonstrasi kat tengah kl ni. katanya mengganggu lalu lintas. sekarang macam mana yer?
program ltdl dan sebagainya pun mengganggu lalu lintas jugak.

KUREKURE COMEL said...

nmpaknye org KL kena gi keje lpas subuh la baru smpai awal....hehehe..

kalau mina la...mesti badmood gle2 la....keje hari tu pun jadi xepy...huhuhu

HaN WarreN said...

muka saya pun dah jadi biru dok tengah jem ni :(

Post Top Ad

Your Ad Spot