Wah! Perodua bakal mengeluarkan model baru tahun ni. Ianya mungkin bakal menggantikan kedudukan Myvi yang selama ini menguasai pasaran kat negara kita ni. Korang dah tengok ke wajah Myvi baru tu? Kalau belum boleh la intai kat bawah ni. Gambar ni ammboi petik daripada laman blog sapa ntah. Ammboi lupa. Tapi ammboi dah mintak izin beliau. Kalau beliau terbaca dan lihat gambar ni, sila tinggalkan komen yer. Nanti ammboi update semula.
Gambar Myvi Baru
Amacam? Gempak tak! Design dia cam menarik. Tapi kalau orang macam ammboi dah biasa pakai kereta sedan ni, Myvi rasa cam kecil jer.. hehe. Dah namanya kereta kompak kan. Apa la kau ammboi.
RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan memperkenalkan sebuah model kereta penumpang kompak baru pada tahun ini dalam usaha mempelbagaikan lagi pilihan kenderaan yang ditawarkan kepada pelanggannya.
Buat masa ini, syarikat mempunyai tiga model kereta kompak iaitu Myvi, Viva dan Alza.Enggan mengulas lanjut mengenai tarikh pelancaran model terbaru itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, lazimnya syarikat itu akan memperkenalkan model baru setiap dua tahun dalam pasaran tempatan.
Pada 23 November 2009, Perodua memperkenalkan model terbarunya iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) pertamanya yang dinamakan Alza.
Menurutnya, dalam menghadapi perkembangan industri automotif yang semakin menggalakkan, syarikat perlu mengeluarkan satu model baru itu untuk terus berdaya saing di samping meningkatkan volum jualan. - Petikan :Kosmo!Online
p/s : cayalah perodua!
1 comment:
ER ER..APSAL GEDABAK SANGAT BELAKANG TU... AGAK2 LEPAS NI ADA LAGI KER NAK CONVERT TO PASSO
Post a Comment