Perodua terus memacu teguh untuk mengembangkan kenderaan keluarannya setelah berjaya menjadi pendahulu dalam senarai pengeluar kereta keluarga terbaik di Malaysia. Syarikat kenderaan kedua negara ini gah meninggalkan abangnya, Proton untuk menguasai pasaran kenderaan tempatan.
Setelah berjaya dengan MyVi, Perodua berhasrat untuk memperkenalkan model terbaru Myvi yang dijangka muncul April ini (baca di SINI). Kini Perodua terus nekad untuk memasarkan kereta konsepnya yang dipamerkan sempena Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS 2010) yang lepas.
Perodua Bezza merupakan model kereta untuk generasi masa depan yang memiliki ciri-ciri futuristik tetapi ia amat praktikal digunakan.
Namun sejak ia diperkenalkan pada pameran tersebut, pelbagai tanda tanya berlegar di pasaran sama ada kereta konsep itu akan menjadi salah satu model terbaru yang akan diperkenalkan di pasaran tidak lama lagi. - Petikan Kosmo!Online
p/s : sudikah Perodua bergabung dengan Proton jika mereka lagi POWER!
No comments:
Post a Comment