Salam 1Malaysia Semua
Pagi ini ammboi ingin membincangkan pasal MANDI WAJIB. Mungkin kita sering memandang mudah perkara sebegini. Namun artikel ini diterbitkan bertujuan sebagai perkongsian bersama/ rujukan / dan peringatan kepada semua termasuklah ammboi sendiri.
Hukum mandi Wajib
Mandi wajib ataupun mandi junub adalah diwajibkan ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Perkara-perkara Yang Membawa Kepada Mandi Wajib
Seorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut :
- Melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
- Jika keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj.
- Keluar air mani kerana bermimpi (wet dream)
- Mati
- Masuk Islam orang yang sebelumnya kafir : Dari Qais bin Ashim, ia menceritakan bahawa ketika ia masuk Islam, Nabi SAW menyuruhnya mandi dengan air dan bidara (HR. At Tirmidzi no. 602 dan Abu Dawud no. 351, disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Irwaa’ul Ghalil no. 128)
- Keluar darah haid : Jika datang haid, maka tinggalkan solat. Dan jika telah lewat, maka mandi dan Solatlah” (HR. Al Bukhari no. 320, Muslim no. 333, Abu Daud no. 279, At Tirmizi no. 125 dan An Nasa’i I/186)”
- Nifas
- Melahirkan anak (Wiladah)
Sumber : Wikipedia
Susunan Semula : Ammboi
2 comments:
good info!!!tq
Nice info,
Thumbs up!
Post a Comment