pic from loyarburok.com |
PUTRAJAYA - Kerajaan akan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik exco Selangor yang ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 2009.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli suruhanjaya yang terdiri daripada orang terbilang dan dihormati.
Pelantikan dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan, kata Najib pada sidang media di sini hari ini.
Pada Rabu lalu, Mahkamah Koroner di Shah Alam memutuskan bahawa kematian Beng Hock yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga. - Bernama (Petikan : Kosmo!Online)
No comments:
Post a Comment