Kerajaan Malaysia menghargai jasa skuad bolasepak negara dengan menyumbangkan RM65,000 untuk setiap orang termasuk jurulatih setelah berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF 2010 menamatkan penantian negara selama 14 tahun.
Semua 25 pemain termasuk para jurulatih diberikan insentif RM15,000 juga unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun, kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana, di Putrajaya hari ini.
Pada majlis yang turut dihadiri menteri-menteri kabinet, Najib berkata imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara.
2 comments:
kayo2...hoho
byk 2...x sia2 gk la diorg mng...
ShinoXyuna
Post a Comment