1Hari 1Petua : Cara Elak Atau Legakan Kekejangan Kaki Untuk Ibu Mengandung - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

23 January 2011

1Hari 1Petua : Cara Elak Atau Legakan Kekejangan Kaki Untuk Ibu Mengandung

Ibu mengandung biasanya akan mengalami kekejangan kaki ketika tidur. Ianya seperti sudah lumrah, mungkin kerana tekanan darah yang lebih atau sebagainya. Ammboi pun tak tahu sangat puncanya. Masa isteri ammboi mengandung tempohari, memang dia kerap kejang kaki. Kadang-kadang sampai tiap-tiap malam. Jadi ammboi ada cari petua macam mana nak elakkan ianya berulang atau berlaku dengan lebih kerap.


Lakukan Regangan

Lakukan senaman regangan pada bahagian kaki sebelum masuk tidur kerana ianya boleh membantu mengurangkan masalah kekejangan kaki.
Jangan Berada Dalam Satu Posisi terlalu Lama

Elakkan daripada berdiri atau duduk dalam tempoh yang panjang kerana ia boleh menyekat pengaliran darah ke bahagian kaki.
Bersenam

Senaman yang dilakukan secara kerap seperti berjalan kaki dapat mengelakkan masalah kekejangan kaki.


Minum Banyak Air

Dehidrasi boleh menyebabkan kekejangan. Jadi, banyakkan minum air di siang hari.


Mengurut

Apabila anda mengalami kekejangan, tenangkan otot berkenaan dengan melakukan urutan lembut atau tuamkan dengan tuala suam atau botol berisi air suam.


Sumber : Majalah Pa&Ma


Apa yang ammboi lihat isteri amalkan ialah dengan meninggikan sedikit kaki dari aras badan masa tidur dengan melapikkan bantal atau sebagainya. Boleh juga disapukan minyak panas kat tapak kaki untuk mengurangkan risiko kekejangan.

pic pinjam kat blog ni...KLIK

Kalau kejang kaki jugak? Alamaknya suamilah kena bangun urut yer. Jangan buat-buat tak sedar pulak. Melampau tuh! Time malam jumaat cepat pulak ko sedar yer....! hehehe...

1 comment:

Pem.Perpustakaan said...

PP mencari ilmu di ammboi,..
alhamdulillah, semoga dipermudahkan kehidupanmu wahai teman...


Jom Singgah blog PP : Alat-alat Bantu Pembacaan : Buku-buku lain.

Post Top Ad

Your Ad Spot