Piala Suzuki 2010 : Malaysia Bimbang Ada Pakatan Indonesia Dan Thailand? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

06 December 2010

Piala Suzuki 2010 : Malaysia Bimbang Ada Pakatan Indonesia Dan Thailand?

Kenapa kita perlu bimbang?

Kemungkinan wujudnya pakatan antara Indonesia dan Thailand untuk menyingkirkan Malaysia? Indonesia bersikap tak profesional? Ammboi rasa itu bukan persoalannya. Yang menjadi kerisauan utama peminat bolasepak ditanahair ni adalah adakah Malaysia mampu kalahkan Laos atau kita sebaliknya diabkan Laos? Jangan terlalu yakin. Pandang remeh pada lawan adalah sikap yang lagi tak profesional.


Pasukan negara terlebih dahulu kena buktikan kemampuan mereka untuk menjinakkan Laos. Bukannya mempertikaikan perkara yang masih tak tahu hujung pangkalnya lagi. Permainan kita pun masih goyah dengan cara ketua jurulatih, Rajagopal yang banyak melakukan kesilapan dalam pemilihan barisan pemain. Banyak faktor yang perlu difokuskan sebelum kita mempertikaikan 'sikap' Indonesia.

Ulasan ini adalah pendapat ammboi semata-mata. Tiada niat untuk mempertikaikan hak sesiapa.


Faktor Pertama - Kemampuan Laos

Skuad Laos 2010 bukan lagi pasukan belasahan. Kemampuan mereka sudah banyak meningkat. Kita tidak boleh lagi memandang remeh pada pasukan yang pernah kita belasah hampir sedozen gol ini. Kemampuan mereka mengikat juara tiga kali , Thailand adalah buktinya. Dua kali mendahului Thailand sudah cukup untuk mengatakan mereka sudah berjaya mempamerkan peningkatan. Sedangkan kita cuma seri 0 - 0 dengan lawan yang sama.

Faktor Kedua - Penjaga Gol

Khairul Fahmi sememangnya masih mentah berbanding Sharbinee. Namun, kemampuan Khairul Fahmi ternyata lebih baik daripada Sharbinee. Wajarkah Rajagopal menurunkan Sharbinee pada perlawanan pertama sedangkan prestasi Khairul Fahmi dalam tahap terbaik? Adakah hanya kerana bolos semasa menentang Iran dijadikan ukuran sedangkan berapa banyakkah percubaan yang telah beliau gagalkan?

Faktor Ketiga - Kapten

Peranan kapten seolah-olah NAKHODA sebuah kapal. Yang memerlukannya bijak mengatur arah dan halatuju yang sepatutnya. Kegagalan seorang nakhoda, maka kapal tersebut pasti akan gagal sampai ke destinasi yang dituju. Seorang nakhoda juga perlu memiliki disiplin yang baik, adanya sifat tolak ansur akan meng'aman'kan bahteranya. Siapa sebenarnya yang layak menjadi KAPTEN? Ammboi tidak mahu mempertikaikan kebolehan Safiq Rahim. Beliau seorang midfilder yang terbaik ada di Malaysia. Mempunyai skil kawalan bola dan sepakan yang menarik memberikan beliau satu keupayaan yang cukup gah di tengah padang. Namun demikian, adakah beliau mampu melaksanakan tugas yang memerlukan komitmen lebih tinggi di tengah padang iaitu selaku kapten pasukan? Sikap panas baran dan mudah melatah menjadikan beliau salah seorang penerima kad merah pada Sukan Asia yang lepas.


Faktor Keempat - Pertahanan Yang Longgar

Barisan pertahanan yang dipilih oleh K.Rajagopal mungkin antara yang terbaik. Namun kehilangan fokus menjadikan barisan pertahanan negar mudah dirobek. Namun, beberapa perubahan telah dilakukan oleh Rajagopal semasa perlawanan menentang Thailand. Barisan pertahanan nampaknya makin mantap terutamanya kecekapan penjaga Gol yang bijak menangkis percubaan lawan.

Faktor Kelima - Semangat 1Pasukan

Semangat 1Pasukan nampaknya masih kurang memberangsangkan. Sikap cuba menjadi 'hero' wajar diketepikan. Ucapan tahniah untuk Safee Sali yang menhargai ruang yang dimiliki oleh Norshahrul. Cuma tingkatkan lagi persefahaman antara anda.

2 comments:

man yusoef said...

yah itu dia ulasan dari penyampai brita sukan...tapi serius mengecewakan Msia kalah dkt indon 5-1...dah mcm Barca dgn R.Mdrid je..5-0 ...tpi yang ni aku skong sgt...hahaha

iRfan Johan said...

pakat x pakat...malaysia kne menang jgak. x kira la...lau x malu jewp....huhu~!

Post Top Ad

Your Ad Spot