Pekung Laser Indonesia Terdedah - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

28 December 2010

Pekung Laser Indonesia Terdedah



KUALA LUMPUR - Jika peminat bola sepak Malaysia dipersalahkan kerana didakwa menggunakan pena pancaran laser, ada pengendali blog semalam mendedahkan perbuatan yang sama juga telah dilakukan oleh peminat skuad Garuda ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2010 antara kedua-dua negara itu baru-baru ini. - Baca Ulasan AmmBoi juga!


Menurut entri blog Adamroslan.com yang bertajuk 'Piala Suzuki AFF 2010: Laser Hijau Siapa Yang Mula Dulu?' pengendali blog itu memuat turun klip video yang dihantar oleh seorang peminat bola sepak tempatan perlawanan berkenaan sewaktu Malaysia kalah 1-5 di tangan Indonesia pada 4 Disember lalu.

"Pendedahan klip video itu yang disunting daripada video rasmi AFF telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa mengalahkan Malaysia pada perlawanan peringkat kumpulan," katanya.

Menurut blog itu, ia juga bukti peminat bola sepak di republik itu juga turut bermain kotor.

"Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang perlawanan peringkat kumpulan dahulu?," ujarnya.

Petikan : Kosmo!Online


Ulasan AmmBoi : Indonesia sememangnya suka bermain helah. Mereka sudah banyak melukakan hati kita selaku jiran terdekat mereka. Entah apa yang mereka fikirkan. Jika kes sebenar kuman pun mereka nak gembar-gemburkan. Apa yang hebatnya Indonesia? Rakyatnya ramaikah? Setakat ramai tapi tak boleh pakai buat apa kan.

Ammboi bukan marah pada semua rakyat Indonesia. Cuma segelintir jer makhluk sebegini yang GILA untuk menyalakan api kemarahan antara dua negara. Makhluk sebegini mungkin ada AGENDA disebaliknya. Samada melariskan 'akhbarnya' atau menaikkan 'rating' siaran televisyennya.

Kes LASER HIJAU ( GREEN LASER ) sudah menjadi semakin hangat diperbualkan. Siapa yang salah dan siapa yang benar HANYA ALLAH S.W.T. yang maha mangetahui. Tapi pada firasat ammboi Indonesia perlu renung-renungkanlah apa yang patut. Mereka melulu menuduh Malaysia bermain kotor. Tapi apa yang mereka lakukan pada kita dahulu mereka seolah-olah sudah lupa. Seolah-olah meludah kelangit tapi jatuh atas muka sendiri.

8 comments:

Unknown said...

kalot jaa indon2 tu..haiyhhh

Encik MamaT said...

mcm2 perangai orang.. yang penonton tu sokong sudah la... nak buat kecoh apa hal.. haha... dah kalah tak puas ati... bodoh je... dah memang adat permainan...

ZEEQA AJIE said...

memang propaganda je lebih..

Che Deen™ said...

kalau dah kalah tu kalah la, jgn duk wat kalot..
lagi pun dah adat permainan, tutup mulut tu, jgn nak melebih

aindzaya said...

ta taw lak adew yg maen bola bole maen2 laser...wahaha..

ta pandai la bab2 gini..

http://aindzaya.blogspot.com/2010/12/aku-nak-kawin-mak.html

Burp said...

dorang nih sengaja nk besarkan hal yg kecik.. dorg buat xper.. kita xleh.. ngelabah...

the bert said...

indon mmg byk alasan..mlm aritu mmg patut malaysia menang..malaysia maen power..defend indon yg byk wat silap..

K-RIL said...

da x eran la laser2 ni.. adat penonton bola sepak dari dulu lg..
itu pun diorang nak ungkit2 lagi.. da kalah tu trime je la... bende kecik beb...!!! heh..
patut la negera diorang mcm tu... mundur..

Post Top Ad

Your Ad Spot