![]() |
Panduan Temuduga |
MENCARI KERJA sememangnya bukan satu tugasan yang mudah. Bagi ammboi, daripada mencari kerja / tunggu dapat kerja ia lebih sudah atau lebih teruk daripada menghadap buku, belajar dan duduk berehat goyang kaki di rumah. Kadang-kadang boleh jadi GILA disebabkan kesukaran mendapat kerja ni. Yela, sudah tamat belajar mesti orang dok tanya kita "...dah kerja ke belum?". Hari-hari dok tanya lagu tu jer. Sapa nak tahan kan? TIPS ASAS UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA
Apa yang ammboi nak kongsikan hari ini ialah pasal pergi temuduga. Pasal ni satu hal, dah dapat temuduga korang buat tak kisah jer. Main hentam keromo. Ingat jika korang bersandarkan CGPA 4.00 tu konfom dapat keje la? Maaf yer, penilai akan tengok jugak cara dan keperibadian kita.
Setakat korang pergi pakai seluar jeans, baju tak ikut syarat, BAIK KORANG BALIK RUMAH jer. Konfom tak dapat punya.
Di sini ammboi nak kongsi :
TIPS ASAS UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA
Cara berpakaian:
Calon lelaki dikehendaki memakai baju kemeja berlengan panjang dan bertali leher, manakala calon perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan.
Perlu mengetahui pengetahuan semasa/am:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik dan dapat berbincang secara asas mengenainya dari pelbagai sudut pandangan dan perspektif.
Sediakan Skop Topik Sebagai Panduan Persediaan menghadiri temu duga
Cara penyampaian/berkomunikasi:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kemampuan untuk menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, lojik, jelas, tepat dan padat. Selain itu, calon juga hendaklah fasih dan cekap dalam penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
Calon bertukar tempat bertugas:
Bagi calon yang telah bertukar tempat bertugas anda boleh hadir temuduga secara (walk-in) ke pusat berdekatan dengan merujuk kepada tarikh temuduga yang bersesuaian seperti Jadual Temuduga di Laman Utama. Sila maklumkan perkara ini terlebih dahulu kepada SPP.
Calon adalah disyaratkan membawa:
1. Surat panggilan temuduga;
2. Surat pengesahan pertukaran tempat bertugas dari sekolah baru; dan
3. Dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Sumber berkaitan : SPP.Gov.My
Berikut pula adap semasa temuduga. Korang kena tahu jugak asas bab ni. Kalau tak hancur berkecailah temuduga korang yer.
p/s : Selamat Temuduga kepada korang semua. Terima Kasih kerana sudi singgah.
No comments:
Post a Comment