Lelaki Tidak Mengaku Salah Cederakan Isteri Ketika Lakukan Seks - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

09 December 2010

Lelaki Tidak Mengaku Salah Cederakan Isteri Ketika Lakukan Seks

MELAKA - Seorang lelaki tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya ketika mengadakan persetubuhan dua tahun lalu.


Tertuduh Tengku Shaiful Nizam Tengku Abd. Jalal, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hazri Hanafi.

TENGKU SHAIFUL NIZAM (kanan) tidak mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan isterinya di Mahkamah Majistret Melaka semalam.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan ketika persetubuhan dengan isterinya yang berumur 29 tahun di sebuah rumah di Jalan Melaka 2/3 Taman Melaka Baru pada pukul 5 pagi, 3 Jun 2008.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 375 A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara selama lima tahun.

Petikan : Kosmo!Online


AmmBoi : Wuuu..konfom seks ganas ni. Seks cara ganas ni tak ubah menjadikan kita macam binatang. Jadi, kepada para suami dan juga isteri "JANGAN JADIKAN SEKS SEBAGAI SATU KEGANASAN".. hahaha...

2 comments:

Atika Natasha said...

haha..pelik la,bnda mcm ni settle dlm umah sndiri jela..xkan la smpai msuk paper..

Unknown said...

laaa..kes cm ni pon ade ke?uishh!!! malu la...

Post Top Ad

Your Ad Spot