Lawak Sengal Lutut : Mati Dengan Tidak Sengaja - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

13 December 2010

Lawak Sengal Lutut : Mati Dengan Tidak Sengaja

Pada satu hari , seorang lelaki bernama Atan bercadang nak pergi beli rokok. Oleh kerana transport dia cuma motor sahaja, dia pon pergilah naik motor. Tapi mamat ni ada satu hobi , dia suka benar bawak motor laju-laju walaupun jarak kedai itu 100 meter dari rumah dia. Maka si Atan pun memulakan perjalanan untuk ke kedai.


Sebelum keluar rumah, mak dia pesan, "Atan, bawak motor baik-baik mak rasa tidak sedap hati ajelah". Atan pon menjawab, "ala mak nie, Atan kan Superman, takkan ada apa-apa punyo laa. lagi pun Atan nak gi kedai je pun, bukan jauh sangat pon." Mak die pun menjawab, "suke ati kau la Atan."

gambar hiasan - google image

Kunci moto pun dipulas dengan gaya Superman nya. Atan brgerak keluar dari umah tiba-tiba, sampai di satu selekoh, seekor beruk yang entah dari mana muncul menyergah Atan. Apa lagi terperanjat beruk la si Atan tu... maka dia hilang kawalan ke atas moto nya lalu menyebabkan dia terlanggar tiang lampu berdekatan maka Atan pun jatuh terpelanting... lalu tidak sedarkan diri.

Secara kebetulan seorang pakcik lalu da jalan tersebut. Pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor beruk sedang cuba mencuri helmet si Atan lalu pakcik itu menghalau beruk tersebut , tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah di bawa lari oleh beruk itu.

Tanpa melengahkan masa pakcik itu pun pergi kepada Atan dan memeriksa jantung dan nadi si Atan. "uih..idup lg bdak nie... "katanya.... tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Atan sudah terpusing 180 darjah, maknanya dah terbalik laa. Tanpa bertanya dan berpikir apa-apa pakcik itu terus membetulkan semula kepala Atan dengan menyentap balik ke 180 darjah.

Tiba-tiba pakcik itu mendapati Atan tidak bernafas lagi. Rupe-rupanya... korang nak tau tak Si Atan nie pakai jaket kulitnya terbalik. So memang lah kepala dia macam pusing ke belakang... Maka dengan secara tidak sengajanya Atan mati di tangan pakcik itu... .ish..ish..ish.....


kui..kui...kuiiii....

1 comment:

as said...

lol. tahpape je endinggggg!!!XD

Post Top Ad

Your Ad Spot