LONDON - Kelab bola sepak Britain yang selalu kalah dengan jaringan besar, Madron FC menunjukkan sedikit peningkatan apabila ia hanya kalah 22-0 pada Sabtu lalu selepas mencipta sejarah tewas 55-0 pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Walaupun terdapat peningkatan, cuma penjaga gol, Gavin Hall dan tujuh lagi pemain sahaja yang bersetuju untuk merakamkan gambar berpasukan manakala tiga lagi tidak mahu kerana terlalu malu.
PENJAGA gol Madron FC, Gavin Hall mengambil bola yang masuk ke dalam gawangnya dalam satu perlawanan baru-baru ini. |
Kelab itu kalah kesemua 11 perlawanan dengan memberikan 227 gol kepada pihak lawan namun ia bukannya pasukan tercorot dalam Liga Cornish Mining kerana terdapat beberapa kelab lain yang dipotong mata. - Agensi
Petikan : Kosmo!Online
AmmBoi : Fuh.. dasat giler kan. Ingatkan tragedi REAL MADRID kena belasah dengan BARCELONA tu kira teruk dah, ni lagi teruk. Melampau, camne la diorang main sampai boleh teruk kena belasah 55 gol bolos. Kalau tak pandai main bola baik takyah kan. Buat malu orang kampung jer.... huhu...
Ooo...macam mana pula dengan nasib skuad bolasepak kita yer kat Indonesia tu, petang ni ada perlawanan pertama antara Malaysia vs Indonesia. Jangan kena 'ganyang' udah ler. Yang penting menang kalah adat permainan. Jangan jadi tak profesional macam team Real Madrid udah. Dah kalah buat hal plak... kasi malu ajer....
1 comment:
haha baik tak payah maaiinn..eei..malu je
Post a Comment