Salam Petang Khamis Semua
Ammboi masih berada di Ampang (urusetia kursus). Kursus yang ammboi kena jaga ni akan tamat pada hari Jumaat (12 Disember 2010), esok ler. Okey, hari ini ammboi nak kongsikan keceriaan ammboi sepanjang terpaksa berjauhan dengan internet talian tetap ni (TMNet Stremyx). Biasala stremyx mana boleh kita nak angkut kemana-mana kan.
Sebelum ini ammboi menggunakan Maxis Broadband sebagai alat perhubungan ammboi. Namun demikian ammboi telah mengambil keputusan untuk mencuba! pakej DiGi yang ammboi rasakan telah menawarkan satu pelan PrePaid yang terbaik dan berdaya saing tinggi ni.
Maxis BB yang ammboi gunakan sebelum ini postpaid yer. Kena bayar setiap bulan RM48 2gb. Maxis juga menawarkan pakej prepaid, namun harganya ammboi rasa mahal sangat. Dengan RM2 sejam, RM8 sehari dan RM25 seminggu berbaloi ker?
DiGi telah menawarkan pelan yang secara langsung lebih murah dan mampu untuk semua orang surf internet.
Dengan RM3 sehari (Mobile Internet Unlimited) atau RM10 lima hari (DiGi Prepaid Internet), pastinya ia jauh lebih jimat kan?
Apa-apapun, DiGi Prepaid ni hanya sesuai untuk mereka yang hanya mahu melayari internet dan bukannya memuaturun sebarang movie, software mahupun apa-apa file yang saiznya dianggap besar. Setakat nak upload gambar ammboi rasa tidak menjadi masalah kan?
Ammboi juga gunakan DiGi Internet Prepaid sepanjang berada di kampung. Yuran langganannya cuma RM10 dan kita diberikan tempoh penggunaan selama 5hari. Rasanya pakej ini ulimited kot. Kampaung ammboi kat Pasir Mas dan ammboi rasa penggunaan DiGi Internet Prepaid dikampung ammboi boleh dianggap BAIK! (walaupun masa check coverage memaklumkan kampung ammboi cuma dapat line EDGE jer.
Tahniah DiGi kerana mampu memberikan daya saing yang hebat buat rangkaian lain. Harapan ammboi semoga makluk kuning bulat ini akan terus berusaha menambahkan liputannya pada masa akan datang.
1 comment:
memang unlimited, tapi bila bab download, lembab gila :D
Post a Comment