Patung Bogel ? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

23 November 2010

Patung Bogel ?

Macam-macam ada zaman sekarang kan. Tapi yang ada tu pun biarlah berpada-pada. Bukannya alang-alang ada korang pun kasi hentam ajela. Mana boleh macam tu. Kena tengok jugak sensiviti masyarakat kita. Jangan samakan dengan negara luar yang ntah apa-apa ntah tu. Kita berada dinegara yang berbilang kaum dan bangsa. Bukan hanya terhad pada masyarakat Melayu Islam semata namun kaum dan bangsa lain juga mesti sensitif dengan perkara sebegini kan? BOGEL?


Apa yang ammboi melalut hari ini ialah perihal PATUNG BOGEL yang dijual secara terbuka di Perlis. Ammboi rasakan bukan hanya kat sana jer, mesti banyak tempat lagi yang dah pun meletup dengan patung berkenaan.


PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.- Petikan Kosmo!Online

Apa Yang Bogel Tu?

Patung berkenaan dikatakan boleh bergerak-gerak apabila dikuasakan dengan tenaga solar dan ianya sesuai diletakkan sebagai perhiasan diatas kereta. Yang macam bunga tu la. Cuma ni dia buat patung perempuan yang boleh ditanggalkan 'COLInya' dan menggerakkan 'buah dadanya' apabila ada pancaran matahari (solar la tu).

PATUNG separuh bogel yang dijual secara bebas kepada pengunjung Pasar Sehari Wang Kelian di Padang Besar kelmarin.


Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.

Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Petikan Kosmo!Online

Post Top Ad

Your Ad Spot