Masak Sayur Campur Arak - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

25 November 2010

Masak Sayur Campur Arak

Perkara macam ni la yang ammboi gerunkan. Penguatkuasaan yang lemah boleh dijadikan faktor utama kepada masalah restoran halal tak halal ni. Namun demikian ammboi puji 100% kepada pasukan penguatkuasa JAKIM dan KPDNKK yang berjaya mematahkan restoran penipu macam ni. Semua orang tahu banyak lagi restoran penipu yang berleluasa kat Malaysia ni.


PETALING JAYA - Sebuah restoran yang menyajikan makanan berasaskan sayur-sayuran di Jalan 8/1E di sini diserbu semalam selepas didapati menggunakan bahan masakan mengandungi arak tetapi memaparkan logo halal palsu yang didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Penolong Pegawai Perihal Dagangan KPDNKK Selangor, Saiful Aznan Mohd. Isa menunjukkan botol mengandungi ramuan masakan mengandungi arak yang digunakan oleh sebuah restoran di Petaling Jaya semalam.


Logo halal palsu itu dengan saiz yang agak besar ditampal pada pintu masuk hadapan premis tersebut bagi mengaburi pelanggan beragama Islam sejak lima tahun lalu.

Serbuan dilakukan oleh lapan anggota penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor pada pukul 11 pagi.

Bagaimanapun tiada pelanggan ketika serbuan dilakukan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Cawangan Hab Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, pemeriksaan awal mendapati premis itu menggunakan bahan masakan yang meragukan selain tukang masak dari Myanmar.
 Petikan : Kosmo!Online

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot