KUALA LUMPUR - Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.00 sen seunit bagi Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN 3) untuk tahun kewangan berakhir 30 November tahun ini.
Ini merupakan peningkatan sebanyak 0.5 sen seunit berbanding pengagihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit tahun lepas.
Pengagihan pendapatan ini membabitkan jumlah peruntukan pembayaran sebanyak RM7.3 juta yang akan memanfaatkan seramai 10,952 pemegang unit yang melanggan 121.02 juta unit ASN 3.
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, ASN3 menunjukkan prestasi yang lebih baik tahun ini selaras peningkatan ekonomi negara dan pasaran saham tempatan yang memberangsangkan.
Indeks FBM KLCI meningkat sebanyak 19.4 peratus daripada 1,259.11 mata pada 30 Nov tahun lepas berbanding 1,503.20 mata pada Isnin lepas (22 November).
Sehingga 22 November, ASN 3 meraih pendapatan kasar sebanyak RM8.52 juta. - Bernama
Petikan : Kosmo!Online
No comments:
Post a Comment