Pendapat kedua-dua jurulatih pastinya akan menyuarakan keyakinan pasukan masing-masing. Namun taktikal siapa yang lebih berkesan akan kita ketahui malam ini. Berbekalkan kemenangan bersih Selangor di peringkat kumpulan nyata membuatkan keyakinan anak buat Sathia sedikit goyah. Namun semangat juang yang ada perlu dikerahkan sepenuhnya bagi melemahkan barisan anak didik K.Devan yang menyuarakan bahawa beliau mampu menggoyahkan taktikal skuad Kelantan;
Petikan : Kosmo!Online
PERMUSUHAN di antara Selangor dan Kelantan berterusan apabila kedua-dua pasukan itu bertembung pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Pada saingan Liga Super musim ini, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan di Kota Bharu sebelum turut seri 1-1 di Shah Alam.
Namun, Selangor ternyata lebih unggul apabila muncul juara Liga Super manakala Kelantan sekadar berpuas hati sebagai naib juara.
Menjelang pertemuan malam ini, pengurus merangkap jurulatih Sela- ngor, K. Devan memberitahu bahawa beliau sudah dapat 'menangkap' kelemahan dimiliki Kelantan untuk dimanfaatkan oleh anak-anak buahnya.
"Selepas dua kali bertemu Kelantan musim ini serta tiga kali bertemu mereka musim lalu, saya sudah nampak beberapa kelemahan yang ada pada pasukan Kelantan.
"Jadi saya akan gunakan segala pengalaman kejurulatihan yang saya miliki berserta kesungguhan dan semangat para pemain untuk memastikan Selangor mencipta kemenangan ke atas Kelantan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ketika menjuarai Kumpulan D dengan menang semua enam perlawanan, Selangor mempunyai lapan penjaring gol iaitu Amirulhadi Zainal dengan empat gol, Safee Sali (3), R. Surendren (3), D. Surendran (2) serta masing-masing satu gol oleh Rudie Ramli, Amri Yahyah, Safiq Rahim dan Nasriq Baharom.
Kelantan pula hanya bergantung kepada Akmal Rizal Rakhli dengan lima gol, Indra Putra Mahayuddin (3), Norshahrul Idlan Talaha (2), Badhri Radzi (2), Farisham Ismail (1) dan Azizi Mat Rose (1).
Tidak seperti Selangor, Kelantan sekadar muncul naib juara Kumpulan A di belakang Negeri Sembilan dengan tiga kali menang, dua kali seri dan tewas sekali.
SAFEE (depan) bakal mengetuai jentera serangan Selangor dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan malam ini. |
"Walaupun kita tidak cukup masa untuk menyediakan satu taktikal khas untuk menghadapi perlawanan ini, para pemain Selangor sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini.
"Tetapi pengalaman pahit tahun lalu apabila kita tewas kepada Terengganu menerusi sepakan penalti pada suku akhir membuatkan kita akan lebih berwaspada kali ini," jelas Devan.
Tiket berharga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) bagi menyaksikan perlawanan malam ini akan dijual di kaunter tiket utama Stadium Shah Alam bermula pukul 9 pagi ini.
Apa yang penting Skuad The Red Warrior perlu lebih kuat dan fokus. Kerjasama mesti utuh baru gandingan mantap akan berhasil. Jadikan pengalaman sebelum ini sebagai iktibar. Jangan memandang lemah pada lawan, jika berjaya mendahului jangan pula angkuh. Sifat angkuh dan bodoh sombong mengakibatkan Kelantan seri 3 - 3 dengan KL Plus tempohari.
1 comment:
g0mo klate gom0!
Post a Comment