Salam 1Malaysia semua.
Lama jugak ammboi tak buat entry baru. Ni plak rasa cam gatal nak menaip. Cubalah luahkan apa yang terbuku kat dalam hati ni. Ammboi baru start keje hari ni. Ni ada kesempatan time rehat ammboi curi masa 10 minit kot untuk buat sesi luahan hati ammboi ni.
gambar hiasan (pic from google image) |
Kita digemparkan dengan berita kematian akibat kemalangan yang melibatkan pertembungan bas ekspress dengan beberapa kenderaan lain. Memang sadis dan menyayat hati. Sehingga ada yang putus kepala akibat kemalangan tersebut. Belum lagi digambarkan dengan mayat yang bergelimpangan kan.
Semua tu sudah menjadi lumrah di jalan raya. Kalau tak mati, selamat kan. Namun perkara sedemikian boleh diubah ammboi rasa. Jika sikap pemandu yang bertimbang rasa dan bertanggung jawab. Bukan main hentam takat laju gila babi!
Berita kematian tragis kemalangan tu masih bermain di telinga ammboi, sedangkan ammboi terpaksa menaiki bas dari Pasir Mas ke KL semalam dengan penuh kegusaran.
Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini. Dalam hati ammboi hanya mampu berserah kepada-Nya. Tawakal ajelah. Nak buat camne kan. Nak sedapkan hati ammboi, ammboi bisikkan bahawa pemandu bas lain pasti akan lebih berhati-hati kerana kejadian kemalangan tu baru lagi kan. Pihak berkuasa juga pasti akan meningkatkan kawalan agar jalan raya lebih selamat.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bas yang ammboi naiki semalam dipandu dengan laju. Ammboi takde bukti kerana ammboi tak sempat ambil gambar meter laju bas tersebut. Ammboi duduk di kerusi hadapan sekali, seat 1C, dan memang ammboi nampak jelas meter bas tersebut. Kamera yang ada cuma kamera hp, namun takde bateri pulak.
gambar hiasan (pic from google image) |
Beberapa kali ammboi rasa macam bas nak terbabas. Laju dan teramat laju ammboi rasa. Gila ke pemandu bas ni. Berita kematian ngeri pun belum habis disiasat. Ni nak buat kes lain pulak ker? Ammboi nak tegur pun takut lain plak jadinya. Ammboi sempat dengar ada suara makcik2 tengah membaca surah2 Al-Quran. Takut sangat kot.
Pemandu bas ekspress ni tak serik. Mereka hanya menyalahkan diri orang yang kemalangan tu je kot. Cuai la, tak pro la... Sebab tu mereka tetap bawa laju kerana mereka rasa memang dah pro. Lagipun bas yang ammboi naiki 2 (dua) kali melalui sekatan jalan raya. Namun keduanya lepas. Hairan ammboi. Macam mana pihak berkenaan menjalankan tugas. Sedangkan berapa ribu kakitangan diserapkan setiap tahun. Namun kat atas jalan raya nak jumpa seorang per 1km pun susah. Masa melalui sekatan jalanraya yang kedua, ammboi berdoa bas ni akan disekat, dan pemandunya ditahan. Biarlah ammboi lambat sampai kat KL pun. Tapi tetap lepas jugak.....
Ammboi rasa, sudah tiba masanya kerajaan menkaji undang-undang baru untuk bas ekspress ni. Pastikan had lajunya dihadkan bawah 120 km/j atau gunakan siren kecemasan jika bas melebihi had laju. Kenapa perlu takut syarikat bas mogok? Rakyat pastinya akan faham ini adalah untuk kebaikan bersama juga.
Ammboi rasa macam serik nak naik bas. Kejadian ini dah beberapa kali berulang. Ammboi ingatkan hanya segelintir pemandu cuma. Namun boleh dikatakan 98% pemandu bas ekspress memandu secara merbahaya dan LAJU....
No comments:
Post a Comment