Nasib Kelantan... Lagi-Lagi DiPersalahkan...? - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

13 October 2010

Nasib Kelantan... Lagi-Lagi DiPersalahkan...?

Kelantan....asyik di pandang remeh...

Mentang-mentanglah penyokong Kelantan sering dilabel dengan perkara 'tak baik', semakin lama semakin ketara nampak dianak tirikan. Bukan hanya dari segi sukan, malahan di pelbagai sudut Kelantan nampaknya terus menjadi mangsa kekejaman pihak yang tak bertanggungjawab.

Kenapa? Nasib rakyat Kelantan nampaknya gagal dibela. Pihak yang berniat 'jahat' nampaknya menyorok cerita yang sebenarnya. Peminat bolasepak Kelantan terus dikaitkan dengan keganasan. Kematian yang berlaku cuma dianggap insiden yang langsung tidak berkenaan. Siaran radio menyatakan "seorang peminat Kelantan meninggal dunia akibat sesak nafas semasa berasak keluar dari stadium..."...tipu semata tu....!!!!


Penyokong berkenaan yang meninggal berkemungkinan dibunuh. Kenapa pihak yang berkenaan gagal melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya. Sebaliknya mereka menyembunyikan kenyataan tersebut. Ada pula suratkhabar melaporkan PEMINAT KELANTAN MERUSUH LAGI...? Hakikatnya mereka sembunyikan separuh daripada gambar yang hanya memaparkan penyokong Kelantan. Tapi bagaimana pula dengan gambar sebelah yang menyaksikan PENYOKONG SELANGOR MEMBALING BATU????

petikan mstar.com

Ammboi rasa sangat terkilan. Ammboi dah kasitau semalam ammboi keletihan utk ke stadium. Nasib meyebelahi ammboi. Kalau tak mungkin ammboi yang menjadi mangsa balingan batu bata berkenaan. Apa yang media laporkan semua kerana penyokong Kelantan. Namun hakikatnya korang search sendiri kat laman YouTube ada video rakaman malam berkenaan. Search jer penyokong Kelantan, ada berlambak bukti kat situ.






 SUMBER GAMBAR : TheRedWarriors.Com


Sekarang ini kita bukan sahaja mahu menyalahkan peminat kedua-dua negeri ni, ammboi menyarankan agar dicari segera 'pembunuh tu'. Tak kira la siapa yang buat salah. Yang penting kena adil. Ni kalau kes di Kelantan mahu semua polis di seluruh Malaysia akan serbu.  Yang menjadi mangsa bukan hanya penyokong Kelantan, tapi melibatkan juga orang lain yang ada kat situ (penyokong Kelantan & Selangor). Ammboi harap pihak yang berkenaan menyiasat dengan lebih terperinci, menangkap dan hukum mereka yang CELAKA tu... Amin....

p/s : sedih... sering dipersalahkan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Kami Cabar Penyokong Selangor Ke Kota Bharu!!"
Seluruh penyokong Kelantan mengalu-alukan kehadiran penyokong Selangor, malah ada yang sedia memberi kawasan astaka bagi penyokong Selangor yang sanggup datang. Cabaran ini bukan untuk membalas dendam atau sebaliknya tetapi cabaran ini untuk penyokong Selangor membuktikan kejantanan mereka yang begitu berani di tempat sendiri, ianya berbeza bagi penyokong Kelantan yang pasti akan ke mana saja stadium yang melibatkan perlawanan Kelantan.
Diakui keganasan penyokong biasa berlaku diluar negara termasuk di liga ingggeris, kejadian ini dapat dilihat didada akhbar-akhbar London apabila setiap kali berlangsung perlawanan bolasepak tetapi kes ini berlaku diluar stadium. Kejadian seperti ini biasa bagi sesebuah negara yang mempunyai penyokong fanatik dalam bolasepak. Namun kejadian semalam, satu kejadian yang tidak dapat maafkan dan satu tindakan yang adil dan ketat perlu diambil. Keganasan penyokong Kelantan tidak pernah melibatkan kematian. Kami tidak terperanjat apabila ada semalam seorang pegawai stadium menjerit penyokong Kelantan "BUDAK KAMPUNG, MONYET YANG TERLEPAS" tetapi adakah tindakan menyusun penyokong Kelantan satu tindakan bijak "BUDAK BANDAR"?.

Namun kami menyeru semua penyokong bersabar dan bertenang dalam menangani isu ini kerana kemarahan tidak dapat diselesaikan dengan kemarahan. Berilah sokongan padu pada pemain The Red Warriors dan jadikan kejadian semalam sebagai pengajaran akibat keganasan penyokong, kesedihan ini samalah dirasai sekiranya ianya dimulakan penyokong Kelantan kepada penyokong negeri lain.

KAFA sentiasa berusaha menjadikan kawasan stadium kawasan yang selamat daripada segala anasir buruk namun ada juga segelintir penyokong Kelantan yang masih degil melanggar arahan yang ditetapkan seperti larangan membawa mercun dan memulakan provokasi serta terlibat dengan pegaduhan. Usaha ini tidak akan berjaya jika tiada kerjasama di kalangan kelab penyokong dan seluruh penyokong Kelantan. Jadikanlah isu keganasan semalam sebagai penutup bagi segala kes keganasan selepas ini agar tidak berulang.

Kami juga merayu seluruh perbadanan stadium negeri di Malaysia tidak meletakkan kawasan penyokong Kelantan di kawasan yang boleh dianggap berat sebelah dan mengemis kerana mereka datang dengan membayar harga yang sama dibayar penyokong negeri lain malah mereka sanggup membayar tiket lebih mahal di Kota Bharu tanpa jemu.

KAMI JUGA MEMOHON MAAF TERHADAP KEGANASAN PENYOKONG YANG DILAKUKAN OLEH PENYOKONG KELANTAN.

HENTIKANLAH KEGANASAN DAN PROVOKASI DI STADIUM. HORMATILAH PENYOKONG YANG DATANG BERSAMA KELUARGA. JADIKAN PERLAWANAN BOLASEPAK SUATU YANG MENYERONOKKAN BUKAN YANG MENGERIKAN.
Petikan : TRW.COM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tajuk Panas :

Penyokong Kelantan Merusuh
Penyokong Kelantan Dipersalahkan
Penyokong Kelantan Meninggal Sesak Nafas
Gambar Rusuhan Stadium Shah Alam
Gambar Penyokong Kelantan Meninggal

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot