Hiburan Pagi : Kurang Ajar - AMMBOI.COM

TERKINI

Post Top Ad

Your Ad Spot

05 October 2010

Hiburan Pagi : Kurang Ajar

Sifat kurang ajar memang boleh kita anggap sebagai tak sopan dan memang tak boleh di beri muka. Atau dari segi maksud dalam Wikipedia Bahasa Melayu ialah :



Jadi kat bahawa ni ammboi ada cerita hiburan berkenaan Kisah Kurang Ajar ni....
Jum baca sama-sama....


KURANG AJAR


Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak... "Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan...

"Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

pic from thafiexq.wordpress.com


"Maaf.. Yang Arif... " pengunjung tadi berkata...
"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang... dia selalu cakap... tidak ada!"

1 comment:

azieda razak said...

hihihi...
kurang kasar punya lawak...

Post Top Ad

Your Ad Spot